Loading...

Follow Expedia Malaysia Travel Blog - Chit-Chat Cuti-Cuti on Feedspot

Continue with Google
Continue with Facebook
or

Valid

Berlin is a unique city with an alternative vibe. It’s a city for deviants and misfits as much as it is for creative minds and entrepreneurial spirits. Despite its grungy atmosphere, the city is home to several startups that have attracted youths from all over Europe there to work.

I’ve been to Berlin 4 times, and I fall deeper in love with it each time. When I’m in Berlin, I feel a true sense of liberation. In this city, I can be whomever I want, dress how I want, do what I want and no one would judge. It’s a city where the soul can truly be free!

This city isn’t an easy one to understand especially for first-timers, but the more you visit, the more you “get it”!

Berlin: Off the Beaten Path Arrival at Berlin Central Bus Station

I always go to Berlin from another European city, on an overnight journey on a coach. From there, I walk about 300m to Messe Nord/ICC S-Bahn station, where I began my journey to my accommodation.

Stay at the Michelberger Hotel

Popular with hip, young travellers who want to feel the pulse of Berlin’s nightlife, Michelberger Hotel offers Lofts and Rooms, all of which are decorated differently from each other. There’s a café as well as an al-fresco dining area. It’s located 2 minutes from Warschauer Strasse station and within a 10-minute walk to some of the most infamous techno clubs that Berlin is known for.

Address: Warschauer Straße 39/40, Berlin, BE

Go to Berlin’s historical sites for a peek into its history

Of course, I had to visit the major attractions during my first time there. I visited the sombre Holocaust Memorial, the iconic Brandenburg Gate, Checkpoint Charlie, and East Side Gallery, where the longest part of the Berlin Wall remains. It’s a look at the city’s history, a lesson in itself.

Shopping in Berlin

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Kota London merupakan salah satu bandar utama dunia dengan penduduk yang terdiri dari pelbagai bangsa berbeza budaya. Bandar ini juga yang menyaksikan hampir 20 juta pelawat setiap tahun dari seluruh dunia. Kepelbagaian ini mendorong sebahagian hotel untuk menyediakan kemudahan bagi memberi keselesaan kepada para pelancong Muslim. Di sini, kami telah senaraikan 10 hotel halal di London yang bersesuaian dengan pelbagai bajet untuk memudahkan anda merancang percutian anda ke London!

Hotel Halal di London untuk Percutian Mewah (5 Bintang) 1. Landmark Hotel

Detik pertama anda melangkah ke ruang lobi Landmark Hotel, antara ciri hiasan dalaman yang akan menarik perhatian anda ialah siling utama kaca dan pohon-pohon palma yang menghiasi kawasan hotel. Suasana mewah yang akan membuatkan anda berasa seolah-olah di istana! Terletak di kawasan utama kota London, anda dapat menikmati sambungan mudah ke seluruh pelosok London dengan stesen metro Marylebone yang hanya berjarak 50 m dari hotel.

Biliknya sangat luas. Bar mini di dalam bilik pula tidak menyediakan minuman beralkohol, dan anda juga boleh meminta bilik air yang mempunyai bidet untuk memudahkan proses berwuduk.

Jika anda ingin mendalami budaya orang Inggeris yang mementingkan acara minum teh petang, silalah ke Winter Garden Restaurant untuk merasai pengalaman unik tersebut. Daging yang dihidangkan di restoran ini adalah halal, tetapi pastikan untuk mengesahkan status tersebut ketika di hotel. Menu Timur Tengah yang istimewa juga disediakan ketika musim-musim puncak.

(Halal Girl About Town)

2. Corinthia Hotel

Antara hotel yang paling gah di London, Corinthia Hotel menawarkan lokasi terbaik untuk para pengunjungnya.

Hanya sepelaung dari Trafalgar Square dan 10 Downing Street, banyak tarikan pelancong dan deretan kedai yang dapat dituju dengan hanya berjalan kaki. Selepas seharian bersiar-siar dan membeli-belah, anda boleh memanjakan diri anda di ESPA Life, spa terbesar di London yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Sekiranya anda seorang pengembara wanita beragama Islam, anda dapat menikmati rawatan spa yang dikendalikan sepenuhnya oleh staf wanita. Pengalaman teh petang Inggeris yang halal juga boleh didapati dengan tempahan awal, sekurang-kurangnya 2 hari.

3. Bulgari Hotel

Jika ‘terapi membeli-belah’ adalah matlamat anda ketika melawat London, Hotel Bulgari memberikan kemudahan dan lokasi yang terbaik. Terletak di kawasan Knightsbridge, yang juga dikenali sebagai syurga untuk shopaholics, hotel ini hanyalah 300 m sahaja dari Harrods dan pusat membeli-belah yang lain. Anda boleh ulang alik ke hotel bagi meletakkan hasil beli-belah anda sebelum menyambung sesi seterusnya!

Spa di hotel ini turut menawarkan rawatan berasingan untuk lelaki dan wanita. Dengan permintaan awal, makanan halal juga dapat disediakan khas untuk anda.

Hotel Halal di London untuk Percutian Yang Menyenangkan (4 Bintang) 4. The Westbridge Hotel

Jika anda memilih untuk menginap di Westbridge Hotel, anda tidak perlu bimbang tentang membuat tempahan awal untuk hidangan halal. Restoran di dalam hotel ini adalah halal sepenuhnya. Anda boleh menikmati bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam ala Inggeris tanpa perlu risau tentang apa yang boleh atau..

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 
Expedia Malaysia Travel Blog - Chit-Chat.. by Muhammad Danial Bin Roslan - 1w ago

Kunjungan saya ke Krabi, Thailand yang terkenal akan keindahan alam semulajadinya yang indah lagi menyamankan telah memberikan satu pengalaman unik yang diisi dengan pelbagai jenis aktiviti dan lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar pekan Krabi yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Cara Untuk Kesini

Saya memulakan perjalanan saya untuk ke Krabi dari Terminal Bas 2 Hat Yai menaiki van dengan bayaran berharga 230 Baht yang mengambil masa sekitar 5 jam. Sepanjang perjalanan saya dapat melihat beberapa perkampungan dan juga dihidangkan dengan pemandangan panorama menghijau.

Setelah sampai semua van akan berhenti di terminal bas Krabi yang terletak kira-kira 15 minit dari pekan Krabi. Dan seterusnya saya mengambil songthaew berwarna putih dengan bayaran serendah 20 Baht sahaja untuk ke pekan.

Tempat Tinggal di Krabi

Sepanjang berada di Krabi saya memilih untuk menginap di Hogwarts Hostel disebabkan lokasinya yang terletak di tengah pekan memudahkan saya untuk mendapatkan pengangkutan awam dan juga mencari kedai-kedai makanan. Pihak hostel ini juga menawarkan

tiket untuk ke tempat-tempat pelancongan lain di sekitar Krabi seperti Koh Phi Phi island dan Koh Lanta. Yang pastinya harga tiket memang lebih murah jika beli di hostel berbanding pejabat travel agensi.

Percutian Krabi – Tempat Menarik di Krabi 1. Tiger Cave Temple

Untuk melakukan pendakian ini adalah lebih baik untuk menempah pengangkutan dengan lebih awal kerana dapat memulakan pendakian pada awal pagi untuk mengejar matahari terbit. Untuk ke puncak saya perlu mendaki sebanyak 1,237 anak tangga yang memakan masa lebih kurang satu jam kerana keadaan tangganya juga agak curam. Jadi Pastikan anda mengira masa dengan baik jika ingin tiba di puncak sewaktu matahari terbit iaitu sekitar jam 6:30 pagi.

Sebaik saja tiba di puncak saya amat terpukau oleh keindahan panorama yang dihidangkan dengan pemandangan bukit-bukit batu kapur menghijau yang dilitupi kabus tebal. Malah terasa seperti terapung di awangan pun ada juga. Bagi saya ianya satu pendakian yang amat berbaloi dengan penat dan lelah. Selain itu, kuil ini juga merupakan lokasi yang penting bagi penganut agama Buddha dimana dikatakan bahawa dahulu terdapat seekor harimau yang tinggal di puncak bukit sebelum beredar pergi setelah kedatangan beberapa sami untuk bertapa disini dan kemudiannya penduduk tempatan mula menamakan kuil ini sebagai kuil harimau.

2. Railay Beach

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Tahukah anda bahawa Turki terletak di dua benua sekaligus, iaitu Eropah dan Asia? Pengaruh dua benua inilah yang menjadikan Turki sebuah destinasi pelancongan yang sangat unik. Jadi, sementara anda merancang jadual perjalanan terperinci yang merangkumi semua tempat menarik yang anda ingin lawati, biarkan kami membantu anda membuat pencarian hotel halal di sekitar Turki. Senarai di bawah termasuk 3 kategori bajet yang berbeza untuk memudahkan anda membuat pilihan bijak!

 

Hotel Halal di Turki untuk Percutian Mewah (5 Bintang)

1. Hotel Su & Aqualand

Bukan sahaja anak kecil, bahkan pelawat dewasa juga pasti akan berasa seronok bersuka ria di taman air Hotel Su & Aqualand. Taman airnya sangat besar – memaparkan 12 gelongsor air dan pelbagai jenis kolam yang berbeza.

Setelah penat bermain air, anda boleh merawat tubuh yang letih dan lesu dengan mandian Turki atau rawatan urut yang disediakan. Resort ini terletak betul-betul di hadapan pantai Konyati, jadi anda boleh berenang atau bersiar-siar di sepanjang pantai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

Makanan yang disajikan adalah halal semuanya dengan pelbagai pilihan termasuk masakan antarabangsa, Mediterranean dan Jepun.

2. Kirman Leodikya Resort

Sama seperti resort yang dipaparkan sebelumnya, Kirman Leodikya Resort menawarkan hiburan yang dapat dinikmati oleh seisi keluarga.

Ibu bapa boleh menikmati rawatan yang ditawarkan di spa manakala anak-anak dapat bermain di kolam renang atau menikmati permainan dart, biliard dan ping pong. Selain itu, para tetamu juga dapat bersantai di kawasan pantai persendirian hotel yang bersih, terletak berhadapan resort.

Restoran-restoran di dalam resort ini menawarkan masakan Asia dan juga Mediterranean, di mana sajian halal boleh didapati atas permintaan.

3. Adenya Hotel & Resort

Adenya Hotel & Resort menawarkan pengalaman percutian yang halal sepenuhnya. Resort ini memastikan kawasan kolam renang dan pantai persendirian hotel dipisahkan sepenuhnya antara lelaki dan wanita. Tapi bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan laut Mediterranean bersama pasangan, usah risau, anda masih boleh merasai suasana makan malam romantis bersama-sama.

Restoran di resort ini terletak di tepi pantai dan kesemua makanan yang dihidangkan adalah halal.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Walaupun terletak dalam negara Sepanyol, Barcelona mempunyai ciri-ciri unik yang membuatkannya tidak seperti bandar-bandar lain di Sepanyol. Merupakan ibu negeri bagi Catalonia, Barcelona merupakan bandar yang begitu bangga dengan identiti dan budaya asal Catalan yang didukung oleh nenek moyang mereka. Dikenali sebagai tempat terletaknya hasil senibina artikek genius Gaudí dan makanan yang sedap, pengunjung yang mementingkan makanan halal mungkin akan berdepan dengan sedikit cabaran.

Tapi jangan risau – kami telah senaraikan 10 hotel halal di Barcelona daripada 3 kategori bajet berbeza yang boleh anda pertimbangkan untuk memudahkan pengembaraan anda di bandar ini!

Hotel Halal di Barcelona untuk Percutian Mewah (5 Bintang)

1. Mandarin Oriental Barcelona

Mandarin Oriental Barcelona terletak di Passeig de Gràcia, betul-betul di tengah bandar Barcelona. Dengan hanya perjalanan kaki yang singkat, anda sudah boleh sampai ke Casa Batlló hasil sentuhan Gaudí.

Seperti yang sudah sedia maklum, mencari makanan halal di jalan-jalan di Barcelona agak mencabar. Sekiranya anda mempunyai bajet yang besar, tempah pakej Temptations Suite dari hotel Mandarin Oriental dan anda akan dapat menikmati makanan Arab yang disediakan oleh chef yang sedia untuk melayani selera anda 24 jam. Atau anda boleh makan di Bistreau, sebuah restoran dalam hotel yang menawarkan makanan halal dan hidangan makanan laut.

Anda juga boleh meminta panduan arah Qiblat dan salinan Al-Quran di dalam bilik anda.

2. Alma Barcelona

Alma Barcelona adalah antara sebilangan hotel yang berusaha memenuhi keperluan pelancong beragama Islam. Jika anda membuat permintaan lebih awal, hotel ini dapat menyediakan makanan halal mengikut selera anda.

Hotel ini juga menawarkan rawatan spa, mandian wap Turki, dan sauna. Lokasi hotel ini juga sangat strategik.

Stesen metro terletak berhampiran dan beberapa senibina Gaudí – La Pedrera dan Casa Batlló – hanyalah beberapa blok sahaja dari hotel.

Hotel Halal di Barcelona untuk Percutian Yang Menyenangkan (4 Bintang) 3. Grandom Suites

Jika anda bakal melancong dengan anak-anak, pastinya anda akan suka apartmen butik Grandom Suites. Ianya terletak hanya 3 blok jauhnya dari Las Ramblas, jalan yang terkenal dengan persembahan unik penghibur jalanan yang unik.

Unit di apartment ini dilengkapi dengan dapur, mesin basuh dan pembuat kopi. Sebuah pasar raya tempatan juga terletak betul-betul di seberang jalan, memudahkan anda untuk menyediakan makanan sendiri.

Sekiranya anda tidak suka memasak semasa bercuti, anda juga boleh meminta makanan halal untuk disediakan oleh pihak pengurusan apartment. Minuman beralkohol tidak disediakan dalam premis.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Bercakap tentang Hat Yai, ianya sememangnya lokasi yang popular yang menjadi tumpuan dikalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Hat Yai merupakan tempat persinggahan saya sebelum ke destinasi lain di sekitar Selatan Thailand dan saya mendapati selain ianya terkenal sebagai destinasi untuk mencuba pelbagai jenis makanan, terdapat juga beberapa perkara yang menarik untuk dilakukan disini, antaranya ialah:

Floating Market

Untuk ke pasar terapung mengambil masa kira-kira 20 minit dari tempat penginapan saya The Hive Hat Yai Hostel yang terletak di pusat bandar Hat Yai dengan menaiki Grab dengan bayaran sekitar RM20 sehala.

Saya melihat apa yang menarik tentang pasar terapung ini berbanding yang lain di sekitar Thailand ialah kebanyakan penjual disini ialah Thai Muslim. Makanan juga halal jadi bagi pelancong yang beragama Islam tidak perlu risau kerana amat mudah untuk mencari makanan disini. Selain pelbagai jenis makanan yang dijual disini, terdapat juga gerai-gerai menjual pakaian dan cenderamata. Malah, harga yang diletakkan juga murah dan berpatutan.

Tips: Pilih Grab untuk kesini kerana ianya lebih murah berbanding menaiki tuk-tuk. Pasar ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga ahad dari jam 3 petang hingga 9 malam.

Kim Yong Market

Bagi saya, cara yang terbaik untuk terokai sesuatu destinasi itu adalah dengan berjalan kaki dan mencuba makanan jalanan yang sememangnya selera rakyat tempatan biasa untuk mengenali sesuatu budaya itu dengan lebih dekat lagi.

Dengan lebih 100 gerai dan kedai menjual pelbagai jenis makanan, hasil tempatan, pakaian dan banyak lagi sudah tentu membuatkan saya sukar untuk membuat pilihan! Manakan pula dengan harga yang ditawarkan bagi sesetengah barang adalah jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Tips: Pastikan anda tawar-menawar sebelum membeli sesuatu barang untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Steel Pagoda

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Dengan pelbagai tarikan yang unik, tidak hairanlah jika Bali menjadi antara destinasi utama tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Di Bali, anda boleh berjalan di antara dinding-dinding kuil yang telah terbina sejak beratus tahun dahulu, bersiar-siar di antara teres sawah padi, menikmati pertunjukan budaya yang unik, menyelam skuba di antara kawasan selam terbaik dunia, dan banyak lagi!

Jika itu semua sudah cukup membuatkan anda teruja untuk merancang percutian ke Bali, berikut ialah senarai hotel halal yang telah kami senarai pendekkan untuk kemudahan anda, merangkumi 3 kategori bajet yang berbeza. Jom kita lihat!s

Hotel Halal di Bali untuk Percutian Mewah (5 Bintang) 1. Banyan Tree Ungasan

Sebagai salah satu daripada rantaian hotel mewah terkemuka di Asia, anda pasti sudah dapat membayangkan suasana penginapan serba mewah di Banyan Tree Ungasan. Hotel ini berjarak hanya 10 minit jika memandu dari Pantai Jimbaran yang dikenali sebagai salah satu pantai terbaik dan juga syurga makanan laut di Bali.

Vila-vila di hotel ini semuanya mempunyai kolam renang sendiri, jadi anda dapat menikmati sesi berendam atau renang tanpa sebarang gangguan. Luangkan juga masa untuk memanjakan diri anda di spa.

Tentang makanan pula, para chef di sini bersedia untuk menyediakan makanan halal khas untuk anda – daging mentah yang digunakan untuk masakan dibekalkan oleh pengeluar yang halal. Jika anda ingin menikmati persembahan kebudayaan Bali yang unik sambil menikmati selera, Restoran Bambu adalah tempat yang anda harus tujui.

2. The Stones – Legian, Bali

Hotel The Stones ini terletak betul-betul di kawasan pantai antara Kuta dan Legian. Selain kawasan pantai, anda juga dapat menuju ke pusat membeli-belah dan deretan restoran dengan hanya berjalan kaki sahaja. Sebagai salah satu hotel di bawah naungan Marriott’s Autograph Collection Hotel, suasana di bilik dan di sekitar ruang hotel ini pasti akan menambat hati anda.

Kawasan kolam renang yang luas dikelilingi oleh tanaman hijau yang subur, di mana anda boleh pilih untuk bersantai sama ada di pondok kecil, buai rajut (hammock), atau kerusi yang banyak tersedia. Jika anda lebih gemarkan privasi, setiap bilik juga dilengkapi dengan tab mandi di balkoni.

Dan yang paling best, hotel ini hanya menyediakan makanan halal!

3. X2 Bali Breakers Resort

Terletak di pinggiran selatan pulau Bali, X2 Bali Breakers Resort adalah tempat yang tepat untuk ditujui jika anda mahu merehatkan minda. Vila-vila di hotel ini direka khas untuk membolehkan para pengunjung menikmati kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan di sekitar hotel.

Dengan kolam renang di setiap bilik, anda boleh terapung sambil melihat keindahan langit biru dan burung-burung berterbangan.

Sebelum ketibaan anda, anda boleh meminta agar pihak hotel mengeluarkan minumam beralkohol dari bilik dan menyediakan makanan halal sepanjang penginapan anda.

4. Nusa Dua Beach Hotel & Spa

Jika anda inginkan pengalaman percutian mewah yang unik, Bali Nusa Dua Hotel adalah antara pilihan terbaik. Hotel ini direka untuk menyerupai binaan klasik istana Bali dan pernah diduduki oleh ramai individu ternama dalam sejarah, antaranya Ronald Reagan.

Selain itu, antara sebab utama hotel ini memasuki senarai ini ialah kerana ianya salah satu daripada sebilangan kecil hotel bertaraf 5 bintang, di mana restorannya mempunyai sijil halal dari MUI (Majlis Ulama Indonesia). Nikmati santapan istimewa tradisional Bali di restoran Raja’s Balinese Cuisine sambil menghirup udara pantai yang nyaman.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Phuket sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian bagi mereka yang inginkan cuaca cerah, pantai berpasir putih dengan lautan biru, dan hiburan malam yang meriah. Tapi, tahukah anda bahawa Phuket juga mempunyai pelbagai tarikan untuk pelancong Muslim? Terdapat banyak hotel halal di Phuket untuk dipilih, bermula dari hotel mewah bertaraf 5 bintang sehingga hotel bertaraf 3 bintang dengan harga berpatutan dan selesa. Berikut ialah senarai 10 hotel halal di Phuket yang mewakili spektrum ini untuk memudahkan anda merancang percutian anda seterusnya ke Phuket!

Hotel Halal di Phuket untuk Percutian Mewah (5 Bintang) 1. Avista Hideaway Phuket Patong

Hadiahkan diri anda dengan percutian bertemakan tropikal dengan menginap di Avista Hideaway Phuket Patong. Hotel mewah ini menawarkan pemandangan menakjubkan pantai Tri Trang dan pantai Patong.Untuk memudahkan pergerakan anda, hotel ini menyediakan khidmat bas (shuttle bus) 5 kali sehari ke bandar Patong.

Untuk menjadikan percutian anda suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tempah penginapan di Suite Jacuzzi, di mana anda boleh bersantai di dalam jakuzi peribadi di teres balkoni bilik anda.

Restoran di dalam hotel Avista menyajikan pelbagai menu antarabangsa termasuk Thai, Perancis, Itali, Australia, India dan Cina. Kebanyakan makanan adalah halal tetapi untuk lebih selamat, pastikan anda periksa dengan pihak hotel terlebih dahulu.

2. Banyan Tree Phuket

Tiba masanya untuk anda memanjakan diri anda dengan layanan istimewa di Spa Sanctuary Village di Banyan Tree Phuket.

Anda dapat menikmati rawatan tanpa had dari spa bertaraf dunia yang menggunakan teknik rawatan tradisional Thai dan Ayurvedic. Hotel ini terletak berhampiran dengan pantai Bang Tao dan anda juga boleh mengakses kawasan pantai persendirian hotel. Jika anda gemarkan sedikit privasi, jangan bimbang, kerana beberapa bilik di hotel ini mempunyai kolam renang persendirian.

Selain itu, hotel ini juga mengambil inisiatif untuk mendapatkan bekalan daging mentah daripada pengeluar berstatus halal jadi anda dapat menikmati hidangan bufet dan ala carte di restoran ini dengan mudah.

3. Amatara Wellness Resort

Amatara Wellness Resort mungkin terletak agak jauh dari kesibukan kota Phuket (20 minit dengan pemanduan) tetapi dengan pelbagai aktiviti percuma yang disediakan di resort ini, anda sebenarnya tidak perlu meninggalkan resort ini sama sekali!

Terdapat kelas yoga dan muay thai, urutan tradisional Thai dan juga aktiviti berbasikal. Jika anda melancong bersama anak kecil, perkhidmatan penjagaan anak turut disediakan, supaya anda dapat menikmati detik romantis hanya dengan pasangan anda.

Daging ayam dan lembu yang disajikan di restoran resort ini adalah halal, jadi tiada masalan untuk anda menikmati masakan asli Thailand yang disediakan.

Hotel Halal di Phuket untuk Percutian Yang Menyenangkan (4 Bintang)
Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Bercakap mengenai Taiwan, mesti ramai di antara anda akan memikirkan mengenai Taipei bukan? Tapi tahukah anda, selain Taipei, Taiwan mempunyai daerah yang sangat cantik berbanding Taipei?

Suka untuk saya membuat perbandingan ke sini apabila anda memilih Taiwan sebagai destinasi untuk melancong. Jika anda sukakan pelancongan yang urban seperti aktiviti membeli belah, melawat bangunan pencakar langit dan suka akan pembangunan moden, maka Taipei adalah tempatnya. Sebaliknya jika anda sukakan alam semulajadi, sukakan keindahan kehijauan, air terjun dan sebagainya maka Yilan adalah jawapannya.

Tempat Menarik di Taiwan untuk Pelancong Muslim Sanfu Leisure Farm

Bercakap mengenai Yilan, kebanyakan tempat-tempat menarik datangnya dari perusahaan ladang atau kebun persendirian. Boleh dikatakan setiap kampung mempunyai satu tarikan. Jadi kali ini saya berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman Night Walk di Sanfu Leisure Farm .

Dalam aktiviti yang diketuai oleh pakar pengkaji haiwan, anda bakal melihat sendiri kehidupan haiwan-haiwan di sebelah malam. Pelbagai haiwan dapat dilihat di sekitar Sanfu Leisure Farm antaranya adalah ular, pelbagai jenis katak, labah-labah dan banyak lagi.

Di sebelah siangnya pula, jangan lepaskan peluang untuk menghirup secawan kopi ungu sambil ditemani pelbagai jenis burung yang bakal menemani anda sepanjang hari. Ini adalah tempat yang sempurna yang membuatkan anda berasa tenang tanpa bunyi bising dari bandar.

Tea Tasting, Candy dan Biskut Teh di Perkampungan Dongshan – Zhongshan

Tidak sah jika anda datang ke Taiwan dan tidak mencuba aneka teh yang ditanam secara meluas di sini. Adalah kebiasaan kepada masyarakat di Taiwan untuk menikmati teh yang menjadi amalan sejak turun-temurun.

Selain itu, jangan lupa untuk melawat ke Perkampungan Dongshan – Zhongshan untuk mempelajari sendiri membuat Dragon Emperor Mustache Candy dan Tea Biscuit yang sedap ini. Penduduk Taiwan suka makan biskut ini untuk snek petang sambil menghirup teh. Yum!

Photo Credit / Zeng Shu

3. Menjelajah Perkampungan Yuanshan – Neicheng Menaiki Bajak Sawah

Mesin pembajak sawah bukanlah sesuatu yang langka, khususnya apabila anda tinggal di kota-kota kecil di Malaysia yang masih menggarap sawah mereka. Namun, yang menarik daripada mesin ini di Taiwan adalah kerana ia digunakan di jalanan. Di perkampungan..

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Ramadan adalah salah satu bulan paling mulia dalam kalender Islam. Seluruh umat Islam akan berpuasa setiap hari selama sebulan sambil membanyakkan ibadah dari siang sehingga lewat malam. Walaupun dikenali sebagai bulan yang memupuk semangat kekitaan sesama keluarga dan masyarakat, Ramadan juga masa yang menarik untuk pergi melancong, terutamanya ke negara Islam yang lain.

Ini adalah perkongsian 10 tip untuk anda melancong ketika bulan Ramadan.

1) Rancang Perjalanan Anda Mengikut Waktu Solat

Melancong ketika bulan Ramadan akan menjadi lebih mudah sekiranya anda merancang perjalanan mengikut waktu solat di negara destinasi. Waktu solat di setiap negara adalah berbeza mengikut kedudukan di muka bumi dan sama ada negara tersebut mengalami empat musim atau tidak.

 Kredit gambar / @pandanstan

Anda boleh menjadualkan itinerari dengan lebih teratur setelah mengambil kira waktu bersahur dan berbuka. Dari situ, anda lebih tahu panjang pendeknya masa berpuasa seterusnya memilih aktiviti dan tarikan yang sesuai untuk dilawati.

2) Melancong Ke Negara Sedang Musim Sejuk Semasa Ramadan

CC by 2.0 / Leandro Centomo 

Anda juga dapat memaksimakan tempat dan tarikan yang dikunjungi jika anda melancong ke negara yang mengalami musim sejuk semasa Ramadan. Pada musim sejuk antara November ke Januari, waktu siang adalah pendek jadi masa bersahur dilewatkan dan masa berbuka puasa pula diawalkan.

Ditambah pula dengan cuaca yang sentiasa dingin, anda tidak akan berasa terlalu penat atau dahaga berbanding dengan melancong ke negara beriklim panas. Lagipun, destinasi musim sejuk popular seperti Seoul, Istanbul dan London sangat cantik apabila diliputi salji!

3) Bersahur Dengan Makanan Berkabohidrat “Slow Release”

Ke mana jua anda melancong, sudah tentu anda akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk berjalan-jalan dan ini adalah cabaran utama dihadapi semua traveler yang berpuasa. Bagi memanjang kudrat, sahur dengan makanan berkabohidrat yang bersifat “slow release.”

CC by 2.0 / anokarina 

Makanan yang bersifat sebegini mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti nasi tetapi mengambil masa yang lebih lama untuk dipecahkan kepada unsur yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Ambil lah makanan seperti kekacang, roti gandum dan pasta untuk memberi anda cukup tenaga bagi mengharungi hari.

 CC by 2.0 / Ella Olsson 

4) Mulakan Kembara Seharian Anda Selepas Sahur

Sejurus bersahur dan menunaikan solat subuh, lebih elok jika anda terus bersiap-siap untuk menjelajahi destinasi anda pada waktu pagi. Perasaan kenyang dan segar ini akan mendorong anda untuk melawat seberapa banyak tempat sebelum kepanasan matahari pada lewat pagi mula menyerap tenaga anda.

 Kredit gambar / KAZ2.0

Sekiranya anda bermula awal pagi, anda boleh beristirahat atau tidur sekejap pada waktu tengah hari untuk recharge bateri. Kemudian, anda boleh meneruskan satu atau dua lagi aktiviti pada sebelah petang sambil menunggu waktu berbuka!

5) Banyakkan Aktiviti Bersifat “Indoor”

Salah satu lagi cara untuk memelihara tenaga anda adalah dengan membanyakkan aktiviti atau melawat tempat yang bersifat “indoor.” Tip ini sangat penting jika anda berhasrat mengembara ke destinasi yang cuacanya panas, terutamanya di kotaraya yang dipenuhi dengan hutan konkrit.

Anda boleh memilih tempat seperti muzium, taman tema dan pusat membeli-belah dilawati. Kebiasaannya, tempat sebegini terletak dalam bangunan berhawa dingin dan mempunyai kerusi bangku untuk anda duduk dan berehat.

6) Kurangkan Kepadatan Itinerari Anda

Jangan jadi superhero dan ingat anda boleh pergi ke semua tarikan dalam check list anda dengan anggapan bahawa anda mampu secara fizikal. Rancang itinerari mengikut daya tahan badan anda, walaupun anda mempunyai keinginan tinggi melawat semua tempat.

 Kredit gambar / @nuzha_travel

Pada masa yang sama, jangan tergesa-gesa untuk menghabiskan semua aktiviti yang dirancang dengan mengikut rentak orang yang paling lambat. Nanti cita-cita tinggi untuk pergi ke lima tempat dalam masa sehari lebur apabila semua orang penat selepas terkejar-kejar di tempat yang pertama!

7) Tempah Hotel Yang Berhampiran Dengan Masjid

Dekatkan diri anda dengan rumah Allah S.W.T. dengan mencari hotel yang berhampiran dengan masjid lokal. Biasanya masjid atau pusat komuniti Islam terletak di tengah-tengah bandar dan mudah dicapai dengan pengangkutan awam.

Menempah hotel yang dekat dengan masjid sudah memudahkan banyak urusan orang berpuasa seperti solat dan iftar. Antara contoh hotel yang berhampiran dengan masjid adalah Almond Hostel & Cafe di Tokyo Camii, Tokyo, Flagstaff City Inn di ICV West Melbourne Mosque dan Maxim Quartier Latin di Grand Mosquee de Paris.

Read Full Article

Read for later

Articles marked as Favorite are saved for later viewing.
close
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Separate tags by commas
To access this feature, please upgrade your account.
Start your free month
Free Preview