Loading...

Follow Faizal Fredley on Feedspot

Continue with Google
Continue with Facebook
or

Valid

Tempat Menarik di Sabah, Trip Ini Mengambil Masa 5 Hari Sahaja! KK, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Sipadan dan Tawau. Sabah antara permata Malaysia. Terlalu banyak tempat menarik untuk aku listkan seluruh Sabah. Kalau nak terjah semua tempat menarik di Sabah memang akan makan masa bulanlah kot. Jadi memandangkan aku pun ada komitmen lain dan trip ini is fully sponsored by Tourism Malaysia ianya mengambil masa selama 7 hari sahaja.

Dalam 7 hari di Sabah kami sempat cover 5 bandar utama di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Oh before this, aku dah buat trip ini pada bulan November tahun lepas under Air Asia. Tapi still banyak lagi tempat aku belum pergi.

#Tip Pengangkutan

Pengangkutan utama di Sabah adalah Flight, Kereta dan Boat. Untuk korang yang tertanya-tanya macam mana nak travel dari bandar ke bandar dekat Sabah, ini jawapan dari aku. Ye lah Sabah is huge bro. Nak drive memang penat ler. Jalan pula memang macam dajal bagi sesetengah tempat.

Untuk bergerak dari bandar ke bandar aku banyak guna domestic flight dan van sahaja. Untuk ke pulau-pulau pula ada boat dan ferry. Speed boat pun ada.

Dari KL ke Kota Kinabalu aku naik Air Asia sebab AA ni biasa buat promo. Jadi dapatlah murah kadang-kadang. Penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 10 minit sahaja. Actually lama juga tu. Dan ruang udara antara semenanjung dan Malaysia Timur kadang-kadang agak rough sikit. This part always make me scare and i dont like it.

Bersama Y.Bhg. Dato. Dr. Ammar Abd. Ghapar

Dari KK ke Sandakan aku naik flight MasWing. Ada banyak pilihan, boleh naik Air Asia jugak dan boleh jugak fly direct dari KLIA ke Sandakan. Sebelum ni aku juga pernah ke Mantanani Island tapi aku still turun di KK dan naik kereta ke Kota Belud. Dari situ aku naik boat.

#Sewa Kereta di Kota Kinabalu di SINI

Lain-lain dari Sandakan ke Lahad Datu, Lahad Datu ke Semporna, Semporna ke Tawau aku naik van yang disediakan. Korang boleh sewa kereta kalau nak pusing Sabah. Cuma dari Tawau ke KK aku naik flight. Dan kebiasaanya macam tu lah akan naik flight dari Tawau samaada ke KK dahulu ataupun ke KL terus.

  • KL > Kota Kinabalu – Flight (MAS, Air Asia, Malindo Air)
  • Kota Kinabalu > Pulau Mantanani – Kereta & Boat
  • Kota Kinabalu > Sandakan – Flight (Air Asia, MAS, Mas Wing)
  • Sandakan > Lahad Datu – Drive dalam 2 jam
  • Lahad Datu > Semporna – Drive dalam 1 jam 30 minit
  • Semporna > Sipadan – Boat dalam 45 minit
  • Semporna > Tawau – Drive dalam 2 jam
  • Tawau > Kota Kinabalu – Flight 1 jam (Air Asia, Mas Wing, Malindo Air, MAS

Ok untuk trip kali ini aku skip ke KK, Sandakan dan Lahad Datu sebab aku dah pernah ke sana. So kalau korang nak tahu apa yang aku buat kat sana boleh baca cerita aku yang lepas.

So dari sini aku terus skip ke Semporna ye. Untuk trip ini kami bersama Aliff Satar, namun team diorang memang start dari Kota Kinabalu, aku pula hari ketiga baru start join diorang dan kami akan berjumpa semasa dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 mini. Kami berkumpul di sebuah kedai tepi jalan dan makan goreng pisang cicah teh panas. Goreng pisang sini murah gilerr.

#Semporna

Sipadan Mabul Resort (SMART)

Sampai di Semporna kami terus ke Jetty untuk naik boat ke check in di Sipadan Mabul Resort (SMART). Boat dari Semporna ke Sipadan dalam 45 minit kalau tak silap. Kami akan stay di Sipadan Island selama 3 hari 2 malam sebab nak jelajah pulau-pulau sekitar Sipadan. Aku dari kecil lagi kot memang teringin gila nak gi Sipadan ni. Biasa tengok dalam Majalan 3 je dulu. Nak pergi tak mampu sebab belum kerja masa tu. Seingat aku masa tu aku baru umur dalam 12 tahun kot. Alhamdulillah dapat juga aku jejakkan kaki di Sipadan Island ni. Thanks Tourism Malaysia for bring me here. Really Appreciate it.

Sipadan Island

Air di Sipadan memang wow! Jejak je kaki di Sipadan Mabul Resort ni aku dah excited lain macam dah. Terus buat live uolls… Sipadan ni memang famous untuk mereka yang sukakan diving. Hidupan laut di Sipadan memang tidak dapat dinafikan sangat indah dan Sipadan juga antara best spot untuk diving di dunia.

Untuk rakyat Marhein macam aku ni, bilik yang sesuai adalah standart chalet. Itu pun dah lebih dari mewah dah bagi aku. Nak stay bilik best rugi juga sebab aku banyak habiskan masa di luar resort untuk menjalankan aktiviti yang telah djadualkan. Lainlah kalau aku ni sejenis orang kaya bolehlah stay di resort mewah atas air tu. Maybelah one day bila aku dah berjaya dan kaya..

#Harga Bilik di Sipadan Mabul Resort (SMART)

Untuk pakej 2 hari 1 malam harga bermula dari RM1,430 per person. Kalau nak lebih dari itu korang boleh contact direct Mabul Island Resort. Atau boleh juga ke MountKinabalu.com untuk membuat tempahan samaada secara solo ataupun dalam group.

#Aktiviti di Sipadan Mabul Resort (SMART)

Sipadan Mabul Resort (SMART) Aliff Satar dan budak-budak kampung Perkampungan orang di Sipadan

Banyak aktiviti yang korang boleh buat jika datang ke sini. Tak kan nak stay dalam bilik jer kan? Lainlah kalau korang stay dekat Mabul Water Bungalow Resort. Kalau dekat sana korang boleh je stay dalam bilik. Sebab bilik di awesome gila. Dari dalam bilik pun korang boleh tengok penyu berenang. Dan depan resort ni juga ada tempat snorkeling yang best. Actually kalau korang stay dekat Sipadan Mabul Resort pun boleh je datang snorkeling dekat Bungalow Resort ni. Boleh request buggy. suruh diorang hantar. Serius weh air kat situ perghhh. Rasa macam tak puaslah stay 3 hari 2 malam. Seminggu baru best.

Mabul Water Bungalow Resort Mabul Water Bungalow Resort Mabul Water Bungalow Resort

Di Sebelah petang kami pusing-pusing kampung sekitar Sipadan ni. Boleh jalan kaki sahaja dari resort aku stay tu. Kat sini ada jual cenderamata untuk korang yang nak bawa balik something from here. Kat sini juga ada banyak kedai runcit yang jual makanan asasi macam meggie tu. Tenang betul stay kat sini. Budak-budak kat sini pun masih lagi main permainan macam kita kecil-kecil dulu. Diorang petang-petang main guli, main chop tiang dan macam-macam lagi lah.

Selain itu, aktiviti diving dan snorkeling serta island hopping macam biasa boleh di buat dekat sini.

#Tip di Sipadan

Eh ni bukan orang Bajau Laut yer… haha

Untuk datang ke sini boleh ambil flight direct dari KL ke Tawau. Kalau booking direct dengan Resort, diorang akan sediakan bas dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa 1 jam. Lepas tu dari Semporna kena naik boat dalam 45 minit ke Sipadan Mabul Resort.

Jangan lupa packing barang-barang yang sesuai untuk bercuti di Pulau ye. Boleh check dekat sini untuk barang-barang yang aku bawa masa ke Sipadaan.

Baca: East Sabah Trip Packing For 4 Days!

#Pulau-Pulau di Sekitar Sipadan Island

#Bohey Dulang

Bohey Dulang Bohey Dulang waktu hujan

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.

Keistimewaan Pulau Bohey Dulang ialah pulau ini mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Dari situ, korang akan dapat menikmati pemandangan sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.

Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.

#Mantabuan

Dari Pulau Bohey Dulang, kami terus menuju ke Pulau Mantabuan. Jarak masa antara dua buah pulau ni ialah kira-kira 7 minit. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Tapi, sayang seribu kali sayang, time kami sampai, paras laut sudah tohor. Jadi, not much we can do. Mau snorkeling pun cuma di tepi-tepi pulau saja sebab bot tidak dapat lalu to the other side of the island. Sempat jugalah berendam snorkeling sekejap tengok batu-batu karang.

#Tatagan

Tatagan Island

Pulau Tatagan ini sangat istimewa bagi aku. Aku dah sampai kat sini dua kali. Kali kedua memang aku dah prepared tak terkejut semasa first time dekat sini. Namun ianya tetap meruntun dan sesekali merentap perasaan dan jiwa aku sebagai seorang manusia apabila melihat penduduk bajau laut. Rasa bersyukur dalam diri terbit serta merta. Namun tiada sedikitpun perasaan mengeluh di wajah mereka walaupun hidup dalam serba serbi daif. Hanya wajah gembira sahaja terpancar di wajah mereka tatkala kami sampai memberi makanan kepada mereka. Bersedialah untuk bot anda dikerumu oleh mereka.

Mula-mula aku terfikir nak bawa gula-gula tapi, diorang jenis lepas dapat kulit coklat tu diorang buang dalam laut macam tu jer. Jadi untuk elak dari pencemaran air laut yang jernih korang boleh bawa buah yang siap di potong untuk diorang.

#Fakta Tentang kaum Bajau Laut

Bajau Laut di Tatagan Island

Bajau Laut, sering dipanggil “gipsi laut”, merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.

Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman.

Mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.

Oleh kerana kebanyakan masa mereka tinggal di laut, malah sejak bayi lagi, maka mereka tidak tahan berada di daratan untuk tempoh yang lama.

Kumpulan etnik ini merupakan antara perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunakan alat pernafasan atau kemudahan skuba.

Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa menggunakan tangki oksigen, dan mampu menahan nafas di dalam air selama 10 minit.

#Sibuan Island

Sibuan Island

Jarak masa antara Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan ialah kira-kira 20 minit macam tu. Cuaca sangat baik time tu. Laut sangat tenang. Jadi perjalanan yang jauh pun rasa sekejap.

Pulau ni kecil saja. Tapi, apa yang menarik tentang tempat ni ialah pantainya yang putih meleret jauh ke laut. Sangat insta worthy. Apa saja yang aku gambar di sini, semuanya turn to very beautiful photos.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

1 Syawal menjelang tiba! Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan berpuasa sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri. Persiapan raya sudah siapkah? Minggu terakhir berpuasa pasti anda sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan duit raya. Kompleks membeli-belah juga penuh dengan lautan manusia yang sibuk mencari barangan yang tidak lengkap di saat akhir. Yang hendak pulang ke kampung tu, kereta sudah serviskah? Jangan terlupa, tau. Ini adalah perkara yang paling penting perlu didahulukan. Nanti terpaksa beraya di tepi jalan pula.

Bagi yang tidak pulang ke kampung, sudah tentu sibuk menukar langsir dan karpet baru. Ada juga yang sudah bersedia menukar perabot baru sejak mula Ramadhan lagi. Untuk anda yang kebiasaannya sanak-saudara berkunjung ke rumah pada Hari Raya Pertama, sudah sediakan list juadah yang ingin dihidangkan pada 1 Syawal nanti? Jom ikuti list dibawah supaya anda dapat ‘idea’ untuk memasak hidangan buat para tetamu

Ketupat

Sebut sahaja ketupat pasti anda terbayangkan nasi impit berbentuk empat segi yang dibalut dengan daun ketupat. Ya, betul. Tetapi ketupat juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu ketupat nasi dan ketupat daun palas, dimana dalamnya diisi dengan beras pulut. Setiap kali Hari Raya, pasti 2 jenis ketupat ini akan dihidangkan di rumah saya.

Lemang

Semasa pulang ke kampung, pasti anda akan nampak orang menjual lemang di dalam buluh di tepi jalan. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan dicampurkan dengan santan untuk menaikkan lagi rasa lemaknya. Dicicah pula dengan rendang atau serunding, tidak cukup sebatang, jawabnya.

Soto Ayam

Soto ayam adalah makanan khas daripada Indonesia yang membawa maksud sup ayam dengan kuah yang berwarna kekuningan. Bagi anda penggemar soto, pasti anda tahu bahan-bahan ada di dalam soto ini seperti ayam yang dicarikkan, kacang tanah, nasi impit, taugeh, suhun dan kuah sambal hitam. Kalau nak lagi sedap, masukkan sedikit bihun ke dalam soto ini.

Asam Pedas

Bila sebut sahaja mengenai Asam Pedas, sudah tentu fikiran anda akan melayang ke Melaka. Ya, negeri ini terkenal dengan asam pedasnya yang ‘meletup’. Makanan harian ini juga dihidangkan buat para tetamu yang berkunjung pada Hari Raya.

Rendang

Jika di setiap rumah ada ketupat nasi atau ketupat daun palas, pasti sedap digandingkan dengan rendang. Tidak kiralah samada rendang ayam atau daging, sudah tentu terliur sesiapa sahaja yang melihatnya. Tambahan pula dengan dagingnya yang empuk….pergh. Laju saja tambah sepinggan lagi.

Satay

Satay merupakan salah satu makanan ruji rakyat Malaysia setiap kali menjelang Hari Raya. Pasti ada sahaja rumah yang anda kunjungi menghidangkan satay sebagai makanan jamuan. Letakkan secucuk dua di atas pinggan dan tuangkan sedikit kuah kacang ke atasnya. Wah…nikmatnya!

Lontong

Makanan ini datang khas dari negeri Johor. Terdapat 2 jenis lontong yang terkenal di bahagian selatan Malaysia iaitu lontong sayur lodeh dan lontong darat. Pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, tauhu, lobak, sengkuang, tempe dan kobis dimasukkan ke dalam lontong ini untuk dijadikan hidangan menarik buat para tetamu. Digandingkan pula dengan nasi impit dan kuah kacang…cukup ke semangkuk tu?

Burasak

Makanan tradisional daripada masyarakat Bugis di Sabah ini juga merupakan juadah yang jarang kita dengari di semenanjung. Ianya merupakan makanan tradisi yang wajib perlu ada semasa Hari Raya. Dimakan pula dengan kuah asam dan rendang. Jika anda ke Sabah semasa Hari Raya nanti, jangan lupa cuba tau!

Laksa

Bagi yang menggemari laksa, anda pasti tidak akan ketinggalan untuk mencubanya jika anda tuan rumah yang anda kunjungi menghidangkan laksa sebagai jamuan Hari Raya itu. Laksa juga terdapat pelbagai jenis seperti Laksa Kedah, Laksa Johor, Laksa Sarawak dan Asam Laksa. Mana satu pilihan anda?

Ayam Ungkep

Berasal dari Jawa, Ayam Ungkep ini adalah hidangan yang ‘must-have’ semasa Hari Raya bagi rakyat Indonesia. Untuk anda yang menggemari masakan Jawa, dapatkan resepinya secara online. Bahannya juga tidak remeh, jadi mudah untuk anda memasak sendiri di rumah.

Setiap kali berkunjung ke rumah sanak-saudara, senarai juadah di atas pasti akan terhidang di atas meja. Apa kata anda cipta kelainan dengan hidangkan sesuatu yang jarang sekali orang lain hidang di pagi Raya. Hmm…nampaknya perut anda sudah berkeroncong sambil membaca senarai juadah di dalam artikel kali ini. Ingin mencuba makanan tradisional rakyat Malaysia? Jom layari laman web Shopee dan Lazada untuk mendapatkan baucer diskaun bufet Ramadhan yang akan berakhir pada 2 Jun 2019 ini. Jika nak diskaun lebih, jangan lupa gunakan Shopee promo code dan juga Lazada voucher yang sesuai!

The post 10 Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Pada Setiap Kali Menjelang 1 Syawal appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Urban Retreat Spa Mont Kiara. Sesekali nak manjakan diri dekat spa. Dah lama rasanya aku tak jejakkan kaki di spa. Kali ini ringan pula kaki ini melangkah ke Mont Kiara. Spa yang aku pilih ni berkonsepkan Japanese.

Biasa kalau spa kat KL ini samaada Thailand, Balinese dan Javanese. Kali ini sebab rasa rindu kat BerOnsen aku pilih Urban Retreat Spa Mont Kiara. Sebabnya Bathtub yang digunakan dari Jepun katanya. Suasana kat spa ni pun ada ala-ala Jepun sikit. Nak gi Jepun jauh sangat so kita ke Mont Kiara je lah.

Selain dapat tenangkan fikiran, dengan berOnsen dapat hilangkan segala stress dan meningkatkan kualiti hidup korang juga. Tak perlu lama pun nak gi spa ni. Cukuplah 1 jam punya sesi. Waktu lunch tu korbankan sekejap untuk ke spa. Aku pun ambil sesi jam 12 tgh hari sampai 1 petang. Stress dengan kerja punya pasal. Biasalah kalau jenis lifestyle urban macam aku ni. Sesekali nak jadi macam orang have-have katanya.

Urban Retreat Spa ni ada banyak jenis treatment yang korang boleh pilih, bergantung kepada tahap keinginan korang pada waktu tersebut. Macam aku lebih kepada nak rileks jer.

Antara treatment yang ada dekat Urban Retreat Spa Mont Kiara

  • Aromatherapy Massage (90 Min)
  • Deep Tissue Massage (60 Min)
  • Lymph Detox Massage (90 Min)
  • Pregnancy Massage (60 Min)
  • Swedish Thai Massage (90 Min)

Aku pilih Deep Tissue Massage. Yang jenis ini memang untuk rileks semataa-mata. Sambil tu boleh juga hilangkan lenguh-lenguh badan juga. Longgarkan mana-mana otat yang tengang tu. Sambil tu bolehlah tidur sejenak sebab dia punya massage ni jenis lembut jer. Aku rasa siap berdengkur jugaklah. hehe

Sepanjang massage tu diorang ada tanya juga keselesaan pelanggan. Samaada suhu sejuk / panas. Nak kuat ke slow massage. So far aku puas hati juga dengan service diorang.

Untuk aroma masa Onsen tu ada beberapa pilihan yang disediakan. Aroma ni juga memainkan peranan penting buat minda kita sebenarnya. Ada Jamine, Tropical Spice, Hinoki Mandarin, Coconut dan Vanilla Citrus. Korang boleh bau dulu sebelum buat pemilihan. Macam aku, favourite sudah pastinya Jasmine.

Memandangkan aku ambil treatment jenis scrub rileks tu ada lagi pilihan untuk jenis scrub pulak. Ada untuk soft skin, refreshing, smooth skin dan shoulder and back pain. Terpulang kepada jenis yang korang nak. Macam aku ofcoz shoulder and back pain.

Lupa nak cakap sebelum start massage tu, aku mula dengan Onsen dalam 45 minit berendam dalam bathtub. Dah rileks tu baru start massage dalam 45 mint lagi. Lebih kuranglah aku tak tengok masa sangat.

Kalau korang tak nak sesi yang panjang boleh je ambil sesi head, neck and shoulder massage je.

So korang kalau sedang menacari tempat nak chills out, rileks-rileks bagai apa kata korang datang je ke Urban Retreat Spa (Urban Retreat Onsen 163 Retail Park). Confirm puas hati!

Urban Retreat Spa (Urban Retreat Onsen 163 Retail Park)

The post My Urban Lifestyle at Urban Retreat Onsen 163 Retail Park Mont Kiara appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Mungkin bagi ramai orang ia satu proses yang cukup melecehkan. Selain terpaksa beratur anda juga harus menanggalkan apa yang perlu untuk lepasi pemeriksaan di lapangan terbang sebelum masuk ke ruangan pelepasan.

Tapi tahukah anda proses ini sebenarnya sangat penting bagi menjamin keselamatan penumpang dan juga keselamatan negara

Hal keselamatan di dalam pesawat merupakan bukan perkara yang boleh kita main­main. Malah kita harus memberikan kerjasama dengan sepenuhnya kepada petugas keselamatan yang menjalankan tugas mereka.

Tapi jika anda mengikuti beberapa langkah di bawah anda bukan sahaja menyenangkan proses ini untuk adan tetapi juga menyenangkan kerja petugas keselamatan di lapangan terbang.

Ikuti 7 tip mudah di bawah untuk perjalanan anda yang lebih lancar.

1. Jangan bawa cecair melebihi 100ml

Ini antara perkara yang ramai orang lupa. Apabila menaiki pesawat kita tidak dibenarkan memebawa apa­apa bentuk cecair melebihi 100ml. Kalau anda perhatikan di bahagian

pemeriksaan terdapat banyak lambakan minuman dan produk cecair lain yang dirampas. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya melebihi 100ml.

2. Simpan cecair dalam ruangan sulit beg handcarr

Sudahlah bawa cecair melebihi had dibenarkan malah anda menyimpannya jauh terperosok di sudut sukar dalam beg. Ia pastinya menyusahkan anda dan terperangkap di situ untuk selesaikan masalah mencarinya. Jadi pastikan anda menyimpan semua barang mengikut jenis. Barang-barang yang kecil haruslah di simpan di tempat yang mudah dicari

3. Buka sebelum disuruh

Kalau anda sudah biasa dan sering menggunakan pesawat pasti sudah masak dengan proses ini. Untuk anda yang pertama kali naik pesawat ketahuilah bahawa anda harus membuka tali pinggang, beg duit, jam dan apa sahaja barang dalam poket seluar sebelum melalui mesi pengimbas. Ini akan mempercepatkan dan melancarkan proses anda sendiri. Dan apabila selesai sila beredar dari checkpoint pemeriksaan dan pakai semula semua barang anda ditempat jauh dari kaunter pemeriksaan. Ini agar tak menggangu orang lain pula.

4. Jangan keluarkan barang yang tidak perlu

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau X­box atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan

5. Elak barisan yang ada keluarga & kanak-kanak

Sebelum nak masuk barisan tu perhatikan duhulu siapa yang ada dalam barisan. Jika terdapat keluarga atau kanak­kanak di dalam barisan tersebut, kalau boleh elakkan. Bukan apa kebiasaannya mereka akan mengambil masa yang sedikit lama berbanding orang yang terbang secara solo atau berdua

6. Ikut arahan dengan baik

Proses pemeriksaan anda pasti akan lancar jika anda ikut segala arahan yang diberikan oleh petugas keselamatan. Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undangundang penerbangan yang telah ditetapkan

7. Jangan bergurau atau buat lawak bodoh

Kadnagkala apabila mengembara secara berdua atau dalam grup, suasana pasti akan sangat excited. Lebih­lebih lagi jika ia destinasi yang diidamkan. Bila excited pasti akan ada gurauan antara sesama sendiri. Akan tetapi bergurau juga ada batasannya! Ingat jangan sesekali anda bergurau tentang perkara sensitif seperti menyebut apa­apa yang berkaitan dengan keselamta negara. Contohnya ada bergurau tentang bom. Itu adalah perkara yang bukan boleh dibawa untuk main­main. Malah anda juga boleh ditahan pihak berkuasa dan berdepan tindakan undangundang.

The post Tip Mudah Untuk Lepas di Pintu Keselamatan di Airport appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

East Sabah Trip Packing For 4 Days. Kali ke-4 rasanya trip aku ke Timur Sabah. Entahlah tak pernah jemu aku ke Timur Sabah. Kali ni macam trip sebelum ni juga Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Actually trip kali ini bermula dari Kota Kinabalu but since aku request nak join lambat so aku akan cover bermula dari Semporna. Well Kota Kinabalu is too familiar for me.

Tiap kali aku nak travel aku akan write up apa yang akan aku bawa untuk ke sana. Nanti boleh juga aku refer balik untuk next trip.

Destinasi: East Sabah (Lahad Datu, Semporna, Tawau)

Duration: 4 Days 3 Nights

Trip: Island & Media Trip

Level Difficulty: 3/5

Barang-barang yang perlu di bawah:

Pakaian

  • 2 Bag (Luggage & Day Pack dari Montanic Adventure)
  • 1 Dry Bag
  • 6 T-Shirt round neck
  • 2 Travel Pants (Long)
  • 3 Short Pants
  • 2 Swimwear
  • 6 Underwear
  • 3 Boxer/Brief
  • 1 Cap
  • 1 Sunglasses
  • 4 Sock
  • 2 Shoes (Kasut Sukan & Kasut Jalan-Jalan)
  • 1 Slippers

Personal Stuff

  • Phone
  • Earphone
  • Camera / Go Pro (with memory card)
  • All the cable
  • Tripod
  • Travel Adapter
  • Smart Watch
  • Money & Card
  • Bottle

Toiletries

  • Hand sanitizer or wet wipes
  • Sun Block
  • Berus Gigi & Ubat Gigi
  • Pencuci Muka
  • Perfume
  • Losyen (Deep Heat & Pelembab)

*kalau ke Sabah or Sarawak aku biasa guna Passport instead of IC sebab malas nak simpan kertas putih tu.

The post East Sabah Trip Packing For 4 Days appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Kanak-kanak mana yang tak teruja saat bertemu watak Sesame Street yang mewarnai dunia si kecil sejak 50 tahun lalu.

Bersempena ulang tahunnya, karakter utama Sesame Street seperti Elmo, Cookie Monster, Bert dan Erni meluangkan masa bertemu peminatnya di Universal Studios Singapura (USS) pada program yang dinamakan “Sesame Street 50 Years and Counting Celebration”.

Pelbagai acara disusun untuk pengunjung seisi keluarga bagi meraikan sambutan Jubli Emas Sesame Street itu yang diadakan dari 8 Mac hingga 28 April depan.

Antaranya, ‘Sesame Street Birthday Blowout’ dengan kek gergasi, lawatan ke Big Bird’s Nest and Abby’s Fairy Garden serta beramah mesra dengan tetamu khas yang didatangkan dari China iaitu Lily The Tiger.

Pengunjung juga berpeluang berjalan-jalan di galeri istimewa yang dipanggil ‘Walk Down Sesame Street’ untuk mengimbau semula babak-babak kegemaran mereka seperti yang popular 123 stoop dan Bert & Ernie’s apartment.

Bagi menghargai peminat setianya, USS juga melancarkan siri eksklusif pin karakter watak Sesame Street yang boleh didapati secara percuma dengan pembelian minimum di taman tema tersebut.

Sambutan ini juga bakal menampilkan 50 selebriti tempatan dan negara jiran, influencers serta pelajar berbakat dari Sekolah Pathlight iaitu sekolah fokus-autisme pertama di Singapura.

Jadi bagi anda yang berminat untuk membawa anak-anak bergembira di USS sambil ditemani kawan-kawan Sesame Street mereka, bolehlah berkunjung ke USS!

Untuk harga tiket atau sebarang maklumat lanjut boleh layari rwsentosa.com/ss50

The post Meriahnya Universal Studio Singapura (USS) Dengan Kehadiran Sesame Street 50 Tahun appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Adab ketika travel, lagi-lagi bila kita travel di tempat orang. Tolonglah jangan duk buat perangai yang pelik-pelik. Malu kat orang haih. 

Kera Sumbang

Sejenis yang tak menyembang, ambik gambar pon sesorang. Travel group tapi menyendiri. Lebih baik travel sendiri je.

Kaki Hasut / Mak Cik Bawang

Yang ni memang masalah. Kalau dia taksuka, habis semua orang dia ajak tak suka juga.

Berkira

Yang ni pon payah. Nak beli barang semua dia convert harga. Yang sen-sen pon nak berkira. Kalau makan tu taknak share, angkat barang pon barang dia jer dia angkat.

Memilih makan

Dah travel di negeri orang, jangan lah nak memilih makanan sangat. Apa makanan yang ada makan, yang penting perut terisi dan boleh menikmati travel dengan gembira.

Tak Punctual

Tak payah lah ikot group. Habis menyusahkan semua orang kalau jenis ni. Silap2 half day rugi masa tunggu kau je.

Kuat Merungut

Ahhh! Semua tak kena. Padahal dari awal sampai habis persiapan untuk trip tak join pon! 

Tak join untuk persiapan takpe, tapi jangan merungut!

Pengotor

Kalau dapat sebilik dengan perangai macam ni memang HARU BIRU, pakaian dalam bersepah2, gigi tak nak gosok, stokin merata, baju main sumbat dalam beg.. ewww

The post 7 Perangai Buruk Jangan di Buat Ketika Travel appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Adab ketika travel, lagi-lagi bila kita travel di tempat orang. Tolonglah jangan duk buat perangai yang pelik-pelik. Malu kat orang haih. 

Kera Sumbang

Sejenis yang tak menyembang, ambik gambar pon sesorang. Travel group tapi menyendiri. Lebih baik travel sendiri je.

Kaki Hasut / Mak Cik Bawang

Yang ni memang masalah. Kalau dia taksuka, habis semua orang dia ajak tak suka juga.

Berkira

Yang ni pon payah. Nak beli barang semua dia convert harga. Yang sen-sen pon nak berkira. Kalau makan tu taknak share, angkat barang pon barang dia jer dia angkat.

Memilih makan

Dah travel di negeri orang, jangan lah nak memilih makanan sangat. Apa makanan yang ada makan, yang penting perut terisi dan boleh menikmati travel dengan gembira.

Tak Punctual

Tak payah lah ikot group. Habis menyusahkan semua orang kalau jenis ni. Silap2 half day rugi masa tunggu kau je.

Kuat Merungut

Ahhh! Semua tak kena. Padahal dari awal sampai habis persiapan untuk trip tak join pon! 

Tak join untuk persiapan takpe, tapi jangan merungut!

Pengotor

Kalau dapat sebilik dengan perangai macam ni memang HARU BIRU, pakaian dalam bersepah2, gigi tak nak gosok, stokin merata, baju main sumbat dalam beg.. ewww

The post 7 Perangai Buruk Jangan di Buat Ketika Travel appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 
Sand on your feet, breeze in your hair, sun on your skin. Mantanani Island, a paradise on earth is all your soul needs

Sabah antara destinasi yang kaya dengan pelbagai tarikan dari segi pelancongan. Flora dan Fauna yang terdapat di sana juga menjadikan Sabah begitu popular dalam kalangan pelancong. Bagi pencinta pulau pula, Sabah adalah destinasi terbaik yang korang boleh pergi. Terdapat banyak pulau yang cantik dan indah untuk di nikmati. Namun, kebanyakkan pulau ini terletak di Semporna.

Walaubagaimanapun, tak ramai yang tahu di area Kudat juga terdapat pulau yang sangat cantik yang dikenali sebagai Mantanani Island. Terletak kira-kira 3 jam dari Kota Kinabalu, pulau mantanani kian menjadi pilihan pelancong jika bertandang di Kota Kinabalu.

Awal april hari tu aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di Pulau yang sungguh indah ini. Trip 3 hari di Kota Kinabalu termasuk day trip di Mantanani juga aku coretkan sepanjang perjalanan ini.

Hurmmm, which way to go ya… Jetty Pulau Mantanani

3 Hari 2 Malam di Kota Kinabalu dan Pulau Mantanani bersama Coca – Cola.

Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu (KKIA) mengambil masa 2 jam 30 minit. Kali ini aku naik Malaysia Airlines (MAS) sempat menjamu Murtabak ayam dalam flight sambil tengok movie A Star Was Born lakonan Bradley Coper dan Lady Gaga. Tapi tak sempat habis aku tertidurlah pulak. 

Sampai di KKIA aku terus ambil grab ke Hotel. Kali ini Hilton Hotel menjadi pilihan. Hiton Hotel sentiasa menjadi pilihan sebab aku ada keahlian Honour, bolehlah kumpul point sekali.

Lepas check in, aku just lepak dalam bilik buat kerja sambil menunggu untuk dinner. Jam 7 kami turun untuk makan malam di Restoran Welcome Seafood bersebelahan dengan Hiton Hotel. Ramai juga orang kat sini, i guess this is antara kedai yang patut korang pergi kalau malas nak jalan jauh. Seafood is fresh. Harga not bad. But ikan kerapu masak stim tak kena dengan selera aku lah pulak.

After dinner aku balik hotel prepared untuk ke Pulau esok. Seharian dekat pulau tu banyak juga benda yang kena bawa.

Seawal jam 6am aku dah bangun. Solat subuh dan terus breakfast dekat hotel. Makanan dekat Hilton ni aku boleh puji. Sedap! 

Jam 7 pagi berkumpul dan dalam 7.30 terus gerak ke Jetty Pulau Mantanani. 

Jetty di Pulau Besar Mantanani Island Antara Homestay yang popular di Pulau Besar Pulau Besar, Mantanani

Perjalanan dari Kota Kinabalu – Jetty Mantanani mengambil masa 3 jam, termasuk berhenti dekat rnr. Sepanjang perjalanan kalau korang berhasrat untuk tidur, aku sarankan lupakan sahaja sebab jalan di Sabah terutama menuju ke utara agak bumping sikit. Sama macam last trip dari Sandakan ke Tawau. 

Kami sampai dekat Jetty Mantanani jam 10.15am.  Selepas isi nama kami terus bergerak menaiki boat laju. Kebiasaan kalau nak masuk pulau-pulau kecil di Sabah memang korang diwajibkan tulis nama untuk tujuaan keselamatan dan pengumpulan data. Sama macam nak hiking juga. 

Dekat Jetty kami bersama wakil dari Coca-Cola dan juga News Sabah Time serta wakil dari Reef Check Malaysia berjumpa dengan wakil dari Sabah Tourism untuk misi yang penting iaitu pemulihan dan penjagaan Pulau Mantanani dari kerosakan.

Area kampung ni tak ramai pelancong lagi. Masih dipenuhi oleh penduduk tempatan Cantik kan. Tapi sayang kalau dahtercemar dengan sampah Tempat lepak petang-petang

Boat laju ini bukan boat laju biasa-biasa memang laju weh. Keadaan ombak hari ini juga agak rough so memang melambung juga lah kami sepanjang dalam boat. Namun begitu, kami dihidangkan dengan pemandangan yang cukup indah. Langit membiru, laut yang nampak secara mata kasar agak tenang tapi masih terasa bila berada dalam boat setiap kali terlanggar ombak kuat. 

Tip: Bagi mereka yang mabuk laut sila prepare some plastic. Hahah. Tapi jangan buang merata pulak plastik tu ye. Aku hempuk dengan hammer sat lagi kalau korang buang merata.

Perjalanan dari Jetty ke Pulau Mantanani mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam. Dalam boat tu bolehlah layan perasaan bagi yang tahan dengan bumping. Macam aku, sepanjang dalam boat aku sempat sediakan artikel yang korang sedang baca ni. 

Antara botol-botol plastik yang dikumpulkan oleh penduduk kampung di sini The Shruder machine proses kitar semula dimulakan oleh beberapa penduduk tempatan

Sebab tak ada apa nak buatkan. So idea pun tengah ada, mood sudah mari. Sempatlah aku ringkaskan perjalanan aku ke Pulau Mantanani. 

Tiba di di Pualu Mantanani, mata aku dijamu dengan sebuah pantai yang cantik dan air yang jernih. Kali ini aku ke Pulau Besar di mana wujudnya penempatan penduduk di Pulau Mantanani.

  • Penduduk Mantanani = 1,000 org 
  • Homestay yang telah didaftarkan = 17
  • Bajau ubian 

Tujuan kami ke Mantanani Island ni bertujuan untuk melihat sendiri masalah yang dialami oleh penduduk Mantanani sejak peningkatan pelancong yang begitu mendadak di pulau ini.

Selepas dikisar Antara souvenir yang dihasilkan melalui The Shruder machine

Disebabkan itu, timbulnya masalah pengurusan sisa pembuagan yang tidak teratur dan telah memberi kesan yang tidak elok terutama kepada penduduk Mantanani serta persekitaran pulau ini. Sayang sekali jika pulau yang begitu indah ini dicemari oleh sampah sarap kan.

Banyak lagi isu yang timbul akibat masalah ini contohnya air laut yang kian meningkat menyebabkan bekalan air bersih begitu terhad dan orang kampung terpaksa mendapatkan bekalan air dengan membeli air botol dari luar. Botol ini juga menyebabkan peningkatan sisa buangan yang sememangnya sudah terjejas akibat sisa dari pelancong.

Kalau dapat ke Kudat memang rugi kalau tak singgah sini

Kira-kira 1,500 – 2,000 boleh plastik ini terbuang dalam masa seminggu. Korang banyangkanlah sampah yang terhasil. Dengan kemudahan yang begitu terhad di pulau ini memang akan memberi kesan yang negatif.

The Shruder Machine

Oleh itu, pihak Coca-Cola Malaysia dan dibantu oleh Reef Check Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu mengelakkan pencemaran ke alam sekitar dari memasuki laut dengan membiayai sebuah mesin yang dikenali sebagai “The Shruder Machine”.

Dengan adanya mesin ini dapatlah selamatkan keindahan Pulau Mantanani dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Aku sempat juga cuba sendiri untuk mengendalikan mesin ini, agak menarik juga dengan sisa plastik seperti penutup botol, botol air dan botol-botol dari produk kosmetik diproses untuk dijadikan cenderamata untuk bawa pulang nanti.

Usaha dari Coca-Cola ini patut dipuji kerana kebanyakkan pulau-pulau di Sabah memang mengalami masalah ini. Semoga satu hari nanti masyarakat kita tidak lagi perlu menganjurkan pelbagai program pembersihan pantai kerana pantai kita sudah bersih. Nak mandi pantai pun lebih seronok. Eco sistem dalam laut pun terjaga.

Program yang dinamakan “Plastic Waste to Wealth” ini dilaksanakan sejajar dengan strategi global Coca-Cola iaitu World Without Waste (Dunia Tanpa Sisa) untuk mengumpul dan mengitar semula setiap botol yang dijual Coca-Cola menjelang 2030; inovasi pembungkusan botol yang mengandungi secara purata 50 peratus bahan kitar semula menjelang 2030; dan untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan organisasi bukan kerajaan.

So, korang kalau gi mana-mana pulau tu tolong ye jangan buang sampah merata-rata lagi. Kalau boleh jangan bawa langsung bahan plastik yang boleh merosakkan persekitaran alam kita. Kalau kita tak jaga sapa lagi nak jaga. Buang sampah merata pastu kalau pantai tak bersih tahu pula bising.

Untuk korang yang nak merasa sendiri keindahan Pulau Mantanani ini boleh datang ke sini. Pelbagai resort yang ada dan kalau nak rasa pengalaman hidup bersama orang kampung boleh menginap di Homestay yang disediakan.

Bagi kaki diver pula kalau nak melihat Dugong boleh je cuba menyelam di sini. Dengar cerita kat sini pernah menjadi habitat sang dugong satu ketika dahulu. Namun, sejak kebelakangan ini, sangat jarang nak nampak dugong di kawasan ini, mungkin eco sistem mereka telah terjejas kot. Tapi mana tahu rezeki kan? Kalau kat Malaysia, Mantanani jelah satu-satunya tempat yang ada dugong.

Bajet penat ni. Haha padahal trip geli-geli je kot.. Bye Mantanani Island, nanti aku datang lagi ya.

Begitulah perjalanan aku untuk 3 Hari 2 Malam di Kota Kinabalu – Pulau Mantanani. Actually ni trip geli-geli jer. Kalau korang nak enjoy betul-betul aku sarankan korang boleh stay di Kota Kinabalu dan mungkin bermalam di Mantanani satu malam ker kan..

The post 3 Hari 2 Malam Misi Cintai Alam Sekitar di Pulau Mantanani Sabah, Sponsored by Coca-Cola appeared first on Faizal Fredley.

Read Full Article
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Baru-baru ni aku teringin nak bercuti, tapi masalahnya nak travel jauh-jauh macam malas sebab kerja banyak. Jadi destinasi yang aku rasa paling sesuai untuk aku pergi adalah Singapura. Dekat dan happening!

Bagi mereka yang tinggal di lembah klang macam aku ni hanya ambil masa 45 minit sahaja untuk fly dari KLIA2 ke Changi Airport. Tiket pun tak adalah mahal sangat. Kali ni aku fly dengan Silk Air, salah satu penerbangan tambang murah dari Singapore. Walaupun tambang murah, namun ianya sangat selesa. Lagipun 45 minit je kat atas awan biru tu. Nak tidur pun tak sempat.

Mengapa aku pilih Sentosa Island? Haa sebab kat sini happening. Lagipun aku jenis malas nak jalan-jalan sangat. 3 hari 2 malam ni masa untuk aku santai-santai jer. Leisure Traveller di hujung minggu. Biasa orang datang Singapore mesti nak bergambar dekat Merlion tu. Aku malas nak jadi jenis traveller macam kebanyakkan pelancong tu. Jadi aku pilih nak stay di Hard Rock Hotel Sentosa selama 3 hari 2 malam.

Actually banyak aktiviti yang korang boleh buat di Sentosa ni. Tak perlu keluar ke tempat lain. Bagi mereka yang bawa anak-anak datang bercuti di Singapore, memang aku sarankan untuk stay jer di Sentosa ni. Gerenti anak-anak pun suka sebab hanya jalan kaki 5 minit untuk sampai di Universal Studio Singapore (USS). Tempat makan pun banyak dan ada tempat makan halal di sekitar USS.

HARI PERTAMA

Sampai dekat Changi dalam jam 2 petang macam tu kot. Sengaja ambil flight tengah hari sebab kebiasaan check in hotel antara jam 2 – 4 petang. Kira ngam-ngamlah sampai jam 2 petang tu. Pertama kali aku jejakkan kaki di Changi Airport. Serious WoW! Patutlah Changi Airport dinobatkan sebagai Airport terbaik di Dunia. Airport dia pun salah satu tarikan yang menarik di Singapore.

Lepas dapatkan luggage, aku terus di ke Hard Rock Hotel Sentosa by car. Kereta ni pihak Resort World yang sediakan memandangkan aku ke sini atas jemputan diorang sebagai wakil media. Eh kalau diorang tak jemput pun aku still akan datang okay.

Malaysian Food Street Sate & Nasi Bryani Daging Nasi Lemak Ayam & Cendol

Dah sampai, dapat kunci bilik, aku isi perut dulu. Sebab lapar beb walaupun 45 minit je flight. Lunch di hari pertama aku adalah Malaysian Food Street dekat USS. Jalan kaki 5 minit dari hotel. Dekat sini macam food court ada banyak jenis makanan yang korang boleh cuba. Untuk Muslim ada 2 kedai halal dekat sini iaitu:

Makanan Halal di Universal Studio Singapore (Malaysia Food Street)

  • Nasi Bryani Ayam & Roti Canai
  • Nasi Lemak Ayam
  • Penang Cendol & Ais Kacang USS (Wajib try!)
  • Rojak Penang
  • Satay

Pilihan aku Nasi Bryani Ayam. Not bad lah taste dia. Memang Malaysian Food. Menurut owner perencah dan menu ni memang dari Malaysia. Portion tak banyak tak sikit. Bolehlah untuk kenyangkan perut. Sebagai desert aku pilih Cendol. Panas-panas ni dekat USS memang sedap pekena cendol beb. Portion cendol dia besar.

Lepas lunch, aku rehat jap! Mandi koolkan badan sebelum mulakan aktiviti aku di Sentosa di hari pertama ini.

Maritime Experiential Museum

Dah macam pedagang zaman moden lak

Jujurlah aku ni bukan sejenis manusia yang minat pergi muzium, tapi i do love History. Lagi-lagi kalau sejarah Asia dan Eropah. Menarik untuk dijadikan sedikit info yang berguna di dalam kepala otak aku ni. Memandangkan Muzium ni terletak dekat dengan hotel, aku tak lepaskan peluang untuk singgah sekejap di Muzium ni. Nak tahu jugalah sejarah apa yang ada dekat Singapura ni. Kita tahu Singapura ni memang antara lokasi penting untuk kapal-kapal berlabuh satu ketika dulu.

Muzium ini dibuka pada 15 Oktober 2011 dan ianya satu-satunya muzium yang ada di Singapura yang menghimpunkan pelbagai journey dan expedisi di laluan terpenting di Asia. Di sini ada disediakan ruang exhibition yang luas dah menarik tambahan pula dibantu dengan pelbagai teknologi canggih (Projection) untuk membantu korang lebih memahami dan menarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah yang di paparkan terutama untuk kanak-kanak.

Maritime Experiential Museum

Kat sini ada satu replika kapal pada zaman dahulu, dan saiz kapal ini sama saiz kapal sebenar dan diperbuat dari kayu tanpa menggunakan paku atau mesin. Orang zaman dahulu buat kapal memang unik caranya. Diorang jahit je menggunakan pelepah kelapa untuk lekatkan kapal sebesar tu. Kapal ini dinamakan Jewel of Muscat. Kapal ini berlayar selama 138 hari dari Oman ke Singapura pada tahun 2010 menggunkan cara lama pelayaran zaman dahulu. Kapal ini juga merupakan hadiah dari kerajaan Oman kepada Singapura.

Ada lebih kurang 12 aktiviti yang aku nak highlight dalam pengembaraan aku di Muzium Maritim ni. Tapi sayang panjang nanti. Jadi aku akan update dalam next artikel.

Jewel of Muscat

Typhoon Theatre juga antara satu pengalaman yang best sepanjang aku di sini. Korang memang kena try. Dapat rasa sendiri berada dalam teater 4D untuk rasa Typhoon memang satu pengalaman yang best. Cuma hati-hati korang akan basah nanti. Cerita dia berkenaan dengan pelayaran dari China yang terhempas oleh ribut yang kuat dan akhirnya kapal ini tenggelam di dasar laut sekitar kurun ke 9 dahulu. (Based on true story)!

Opening Hours & Admission

  • SGD16 Adult (aged 13-59)
  • SGD10 Child (aged 4-12)
  • SGD5 Senior (aged 60 and above)

*tiket untuk Typhoon Theater kena tambah lagi SGD3

S.E.A Aquarium

S.E.A Aquarium ni terletak bersebelah sahaja dengan Muzium Maritim tu. Dah alang-alangkan, singgah je-lah sekali. Tak rugi pun. Hari kedua baru kita masuk USS ye sebab hari kedua ada event besar di USS. Hari pertama aku chill je dulu. Menariknya Aquarium ni merupakan antara Aquarium yang terbesar di dunia. Dalam ni ada lebih dari 10,000 spesies hidupan laut, dan ada diantara korang hanya boleh jumpa spesies pelik ini di S.E.A Aquarium jer.

Antara spesies yang jenis “rare” wujud di sini adalah bumphead parrotfish, elephant fish dan juga vampire fish. Spesies ini hanya boleh ditemui di dasar laut dalam dan di sini korang boleh tengok macam mana ikan-ikan ini berenang bebas seperti di habitat asalnya. Mereka ini baru sahaja sampai di Aquarium ni dalam 4 bulan kalau tak silap. So korang yang datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk lihat sendiri kehidupan yang istimewa ini. Memang nampak hodoh tapi berbaloi untuk dilihat dengan mata sendiri.

Spesis Kuda Laut Macam katak mainan kan? Ikan kerapu gergasi Eel Jerung berkeliaran kat atas kepala korang

Kalau korang peminat jerung, kat sini juga terdapat banyak spesies jerung yang biasa dan tak biasa korang lihat. Salah satu jerung yang menarik perhatian aku adalah jerung mengantuk atau sleepy shark. Serious aku rasa geram je nak pegang dah goncang jerung ni suruh berenang. Mata dia tu tak leh blaa… Lagi satu spesies yang menarik adalah Manta Ray. Seronok pulak tengok ikan jenis pari ini bagaikan terbang di angkasa. 30 minit aku duk tengok menatang ni jer.

Rasa dia tenang lain macam duk dalam aquarium ni. Dah habis layan perasaan dalam Aquarium, aku keluar ambil angin sekejap sebelum balik hotel untuk solat asar.

By 7pm aku dijadualkan untuk dinner di Table65. Dinner kali ni jenis fine dining. Dah lama sebenarnya tak dinner macam ni. Biasa paling sekejap pun kalau fine dining mau dekat 2 jam juga. So we have all night to dinner at Table65.

Table65

Table65 ni dibuka pada tahun 2018 oleh salah seorang chef selebriti iaitu Chef Richard Van Oostenbrugge. Ianya restoran berkualiti yang fokus makanan antarabangsa secara traditional. Food kat sini memang taste Europe, jadi korang kalau datang Singapura dan nak rasa masakan sebenar Eropah boleh singgah di Table65.

Paling rare susanan kerusi di restoran ini agak menarik sebab korang boleh layan live masakan korang disediakan. Dan korang boleh tengok sendiri macam mana chef bertaraf international ni bekerja di dapur. Memang menarik untuk dilihat sementara menunggu makanan korang siap. Dari segi presentation pula memang aku bagi 5 bintang. Sampai ada waktunya korang akan rasa sayang nak makan makanan korang sebab presentation is too good.

Perspective aku sebelum ni fine dining a bit boring. Tapi bila bila makan kat sini, fine dining agak menyeronkkan actually. Korang boleh juga sembang-sembang dengan Chef masa diorang sediakan makanan korang. itupun kalau diorang tak busy lah.

Untuk cerita lanjut tentang Table65 ni korang boleh baca:

Perut dah kenyang, jadi masa untuk balik rehat di hotel menandakan berakhir sudah pengembaraan aku di Sentosa untuk hari pertama. OTW ke hotel aku jalan-jalan layan waktu malam di sekitar Sentosa.

HARI KEDUA

Kalau ikutkan aktiviti aku, hari kedua ni bermula jam 10 pagi. Tapi biasalah aku bila travel ni lain macam sikit. Bangun awal! Jadi aku breakfast dulu dekat Hard Rock Hotel. Lepas breakfast aku bersiap untuk ke Universal Studio Singapura (USS). Untuk hari ini, USS ada event sempena ulang tahun ke-50 Sesame Street. Ada showcase, Sesame Street Birthday Blowout Zone, Big Bird’s Nest, Abby’s Fairy Garden, A Walk Down Sesame Street dan banyak lagi.

Sumpah meriah beb. Memang tak menyesallah join event ni. Walaupun masa kecil dulu aku bukanlah minat dengan siri ini tapi bila tengok depan mata seronok pula.

showcase Sesame Street Birthday Blowout Zone Abby’s Fairy Garden Big Bird’s Nest

Perayaan sempena 50 tahun Sesame Street ini akan berlansung dari 8 Mac – 28 April 2019. Jadi masih ada masa lagi kalau korang nak tengok atau bawa anak-anak ke USS. Selepas pertunjukan, mereka akan menyediakan sedikit refreshment..

Read Full Article

Read for later

Articles marked as Favorite are saved for later viewing.
close
  • Show original
  • .
  • Share
  • .
  • Favorite
  • .
  • Email
  • .
  • Add Tags 

Separate tags by commas
To access this feature, please upgrade your account.
Start your free month
Free Preview