Pindang Pedas Kepala dan Ekor Ikan Tuna
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
9h ago
Bismillahirrahmanirrahim. Tengah hari tadi sebaik habis menoreh, kelam-kabut hendak bersiap ke padang sebelum pukul dua petang. Selepas solat zohor, hanya sempat makan kuih penjaram dan limau sahaja kemudian terburu-buru menuju ke padang. Tak sempat tukar pakaian. Kesesakan lalu lintas yang diharungi menyebabkan terlewat sampai! Di padang, rakan-rakan yang bertugas melatih atlet semuanya berbaju kurung! Sama seperti Amie, mengejar masa! Selesai tugas di padang terus lari balik ke rumah. Perut memang sudah meronta-ronta minta diisi. Baru teringat sebelah pagi hanya makan telur rebus sebiji dan ..read more
Visit website
Jom Berkenalan dengan Hidangan Tradisional Bosnia : Hercegovački Mješanac
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
18h ago
Bismillahirrahmanirahim. Ketika melihat jam,  sudah pukul 3:26 petang. Patutlah rasa lapar yang teramat sangat. Kelibat Kamsiah dan Nancy memang tidak kelihatan di celah-celah orang ramai. Amie dan Lucy berjalan arah tempat letak bas, tetapi pada masa yang sama meninjau-ninjau kalau ada kafe atau restoran yang berkenan di hati. Cadangan kami, nanti kami akan telefon Kamsiah atau Nancy untuk makan di tempat yang sama sekiranya mereka pun belum isi perut. Kami berhenti di hadapan pintu masuk Jivan Restaurant. Hercegovački Mješanac - Herzegovina Mix Plate Inilah Jivan Restaurant. Ha ..read more
Visit website
Solat Jamak di Carsijka Dzamija Jablanica
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
2d ago
Bismillahirrahmanirrahim.  Dalam perjalanan dari Sarajevo ke Mostar, bas kami berhenti di perkarangan Masjid Jablanica atau disebut dengan bahasa tempatan sebagai Carsijka Dzamija Jablanica. Masjid ini terletak di MQ67+V3Q Jablanica, Bosnia and Herzegovina. Alhamdulillah, kami diberi masa secukupnya untuk menunaikan solat jamak qasar taqdim zohor dan asar.  Carsijka Dzamija Jablanica Tempat solat jemaah lelaki. Tidak sempat ambil gambar dalam ruangan masjid jemaah lelaki sebab jemaah wanita solat di tingkat atas. Jadi, seganlah hendak intai ...ahaks! Untuk ..read more
Visit website
Oleh-Oleh Rahat Lokum dan Kekacang dari Baščaršija
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
2d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Setelah berlarian mengejar masa yang tinggal sisa untuk mencari cendera hati yang diingini, kawan-kawan menyuarakan keinginan untuk mencari oleh-oleh berupa makanan pula. Amie bawa mereka ke kedai manisan dan kekacang. Apabila masuk ke bahagian dalam kedai, banyaklah pula pilihan dessertnya! Jadinya kebanyakan makanan tradisional yang boleh dibawa pulang sebagai oleh-oleh sudah tentu salah satunya rahat lokum!  Inilah antara kedai-kedai yang menjual manisan berupa rahat lokum. Ada kedai yang menerima duit EURO dan ada yang hanya terima KM (marka) mata wang Bos ..read more
Visit website
Majlis Sambutan Hari Raya Anjuran PIBG SKSDLD
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
2d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Sabtu, 20 April 2024 lalu kami menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran PIBG SKSDLD, sekolah Firdaus. Hanya ibu bapa dan guru-guru sahaja yang menghadirinya. Anak-anak akan merayakan bersama rakan sekelas pada tarikh lain yang akan ditetapkan. Pihak sekolah menyediakan booth makanan untuk setiap darjah / tahun. Kami tentulah berada di booth Tahun 5. Pejam celik, pejam celik tak sangka Firdaus sudah tahun 5! Cepatnya waktu berlalu. Setiap ibu bapa yang hadir dikehendaki menyumbang juadah seikhlas. Kiranya konsep potlucklah ceritanya.  Kami bawa dua bekas ..read more
Visit website
Singgah Basahkan Tekak di Slasticarna Saraj
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
3d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Sewaktu kami sampai di Sebilj Fountain, Amie terus ajak kawan-kawan masuk ke kafe. Amie sudah janji hendak belanja mereka minum di situ. Rindu sangat hendak hirup minuman boza di Slasticarna Saraj.  Teringat-ingat pula harum aroma minuman campuran bunga elder dan lemon di Kolabara Han, Saraci dan wanginya bau minuman ruza atau rose petal juice di Nanina Kuhinja! Minuman yang lazat itu Amie minum bersama Lucinda (2016). Apakan daya, masa yang sangat singkat tidak memungkinkan Amie mengulang semula kenangan lama di kota tua Sarajevo ini. Ketika ini jam menunjukka ..read more
Visit website
Selamat Pagi Baščaršija
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
4d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Pertama kali Amie menjejak kaki ke Sarajevo tujuh tahun lalu, Amie tidak menyangka bahawa sebuah bandar di benua Eropah tidak seperti yang Amie bayangkan. Tidak kelihatan suasana sesak di jalan raya seperti di negara kita. Bahkan bangunan yang ada hanyalah bangunan lama dan tidak tinggi seperti pencakar langit! Yang kelihatan paling tinggi hanyalah menara masjid. Deretan kedai, tempat tinggal, sekolah dan pejabat masih mengekalkan struktur dan ciri bangunan lama tanpa sebarang warna cat! Waktu itu Amie lebih tumpukan perhatian mencari maklumat sejarah Perang Bosnia ..read more
Visit website
Ikan Pari Masak Semur (Masak Kicap)
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
4d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini di rumah sahaja. Tiada undangan menghadiri rumah terbuka. Kelmarin dan malam tadi gantung periuk. Ada jemputan kahwin, jemputan hari terbuka raya dan jemputan majlis ulang tahun di kampung. Bolehlah santai-santai di rumah, mengemas apa yang patut dan main masak-masak di dapur. Amie masak semur ikan pari atau bahasa biasanya masak kicap. Masakan semur ikan pari memang sangat terkenal di kampung sewaktu kecil dahulu. Barangkali disebabkan agak sukar mendapat bekalan ayam (hanya ayam kampung sahaja yang ada), jadi orang kampung gunakan ikan sebagai salah satu la ..read more
Visit website
Sarapan Apa di Sarajevo?
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
5d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Day 6 - 18 February 2024 - Sunday At 8:00 - Panorama and walking tour of Sarajevo. Free time till 11:00. Proceed to Mostar. Arrival in Mostar and city tour, visiting the Old Bridge (UNESCO). Free afternoon in Mostar. Transfer tu Neum. Dinner and overnight. Sebelum ke kota Sarajevo, kita sarapan dulu di Hotel Exclusive. Sarapan semeja berdua dengan Kamsiah sementara menunggu Lucy dan Nancy. Sempat melihat bacaan suhu serendah 5'C pada pukul 4:58 pagi sementara menunggu waktu solat subuh. Seperti biasa, Amie dan Kamsiah akan turun ke lobi lebih awal ..read more
Visit website
Makan Roti dengan Sup Tarhana
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
6d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Masih lagi cerita kembara di Balkan. 17 Februari 2024 - Sabtu Selepas daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum turun semula ke dewan makan pada pukul 7 petang. Seperti biasa, semua peserta mesti berada di tempat makan masing-masing barulah pelayan datang hidangkan makanan. Hidangan Pembuka : Sup Tarhana Meja makan kami berempat : Amie, Kamsiah, Lucy dan Nancy. Sementara menunggu peserta lain sampai, ambil gambar dahulu di sekitar dewan makan Hotel Exclusive. Ada enam orang satu kumpulan meja makan. Ada lima orang satu kump ..read more
Visit website

Follow AMIE'S LITTLE KITCHEN on FeedSpot

Continue with Google
Continue with Apple
OR