Hamil Di Usia 40 Tahun: Risiko Hamil Lewat Usia Dan Cara Memastikan Kehamilan Yang Sihat
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
21h ago
Bagi anda yang hamil di usia 40 tahun, pastinya ia perkara yang amat membimbangkan kerana perjalanan kehamilan tidak semudah dengan wanita hamil semasa muda. Hal ini kerana hamil lewat usia dianggap memiliki risiko komplikasi kehamilan yang tersendiri. Namun itu tidak bermakna anda perlu berputus asa kerana ada beberapa panduan dan cara mengekalkan kehamilan sihat di usia 40 tahun. Adakah Berbahaya Jika Hamil Di Usia 40 Tahun? Jika anda hamil selepas usia 35 tahun, ia dipanggil sebagai kehamilan “advanced maternal age”. Dengan adanya kemajuan teknologi kesuburan dan kelahiran, adalah tidak mus ..read more
Visit website
Prebiotik Untuk Ibu Hamil: Apa Itu Prebiotic, Kebaikan & 10 Jenis Makanan Prebiotik
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
1w ago
Semasa mengandung, tubuh wanita mengalami perubahan ketara, termasuk turun naik hormon dan kesihatan penghadaman. Pengambilan prebiotik untuk ibu hamil dapat membantu menyokong mikrobiota usus yang sihat, yang penting untuk penyerapan nutrien dan fungsi imun bagi kesejahteraan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Apa Itu Prebiotik Untuk Ibu Hamil Prebiotik untuk ibu hamil adalah serat pemakanan khusus yang berfungsi sebagai bahan api untuk bakteria baik dalam usus, menggalakkan pertumbuhan dan aktivitinya. Tidak seperti probiotik, yang merupakan mikroorganisma hidup, prebiotik adalah sebatian ..read more
Visit website
Frukto-Oligosakarida Untuk Ibu Hamil: Kenali Apa Itu Fructooligosaccharides (FOS) Dan Kebaikannya
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
1w ago
Ibu hamil sering mengutamakan pemakanan dan suplemen kehamilan bagi memastikan kesihatan diri dan perkembangan janin dalam kandungan. Namun jangan lupa untuk memastikan anda memperoleh manfaat frukto oligosakarida (FOS) iaitu prebiotik yang terkenal. Apa Itu Frukto-Oligosakarida Fructooligosaccharides atau frukto-oligosakarida (FOS) adalah sejenis serat makanan yang terdiri daripada rantai pendek fruktosa (gula buah) yang terikat bersama. FOS ini tergolong dalam kumpulan prebiotik, yang bermaksud ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia.  FOS mempunyai struktur ..read more
Visit website
Atasi Alahan Mengandung Dengan 10 Cara Mudah & Berkesan, Barulah Ibu Selesa Sepanjang Kehamilan
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
1w ago
Perjalanan kehamilan merupakan sebuah momen terindah bagi setiap wanita. Namun, kebanyakannya tidak akan terlepas dari merasai alahan mengandung sehingga tidak terdaya untuk melakukan sebarang pekerjaan. Pastinya pelbagai ragam dan situasi berbeza yang akan dialami. Antara salah satunya adalah kesukaran untuk menerima bau-bauan yang ada di sekeliling sehingga tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke bahagian dapur. Punca Alahan Mengandung  Mual dan muntah terjadi kepada 80% ibu mengandung. Gejala alahan mengandung yang paling biasa dan paling teruk dirasai adalah semasa trimester pertama. Wa ..read more
Visit website
Minyak Angin Panas Untuk Ibu Hamil: Adakah Ia Selamat, Kesan Penggunaan & Tips Keselamatan
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
1w ago
Semasa mengandung, ramai ibu mengalami masalah sembelit dan sakit perut yang boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kaedah selain daripada sapuan minyak angin untuk ibu hamil bagi membantu mengurangkan masalah ini. Minyak angin panas telah menjadi salah satu ubat tradisional yang popular digunakan oleh ibu hamil untuk melegakan pelbagai masalah kesihatan semasa kehamilan seperti sakit belakang, kekejangan atau keletihan sepanjang tempoh kehamilan. Apa Itu Minyak Angin Untuk Ibu Hamil Minyak angin panas adalah campuran minyak herba dan bahan lain yang ..read more
Visit website
Teringin Makan Biskut Raya Dalam Pantang, Ini 30 Jenis Biskut Ibu Boleh Makan
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Lala Annuar
2w ago
Orang beraya kita pula berpantang mestilah ada rasa nak makan kuih raya kan. Kalau teringan makan biskut raya dalam pantang, ini antara pilihan yang ibu ada. Makan Biskut Raya Dalam Pantang – Tips Untuk Ibu Lepas Bersalin Selagi ibu tiada alahan kandungan yang ada dalam biskut raya, tiada masalah untuk ibu mengambilnya. Jika anda ada alahan terhadap beberapa bahan perlulah lebih berhati-hati. Pastikan anda tahu kandungan kuih yang diambil. Jika anda alah pada kacang atau kekacang pastikan biskut raya yang anda ambil tindak mengandungi bahan berkaitan. Ada juga biskut raya yang mengandungi telu ..read more
Visit website
Period Tapi Mengandung: Adakah Ia Normal? Punca Mengandung Tapi Period & Cara Mengatasi
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
2w ago
Period tapi mengandung boleh membuatkan anda berasa keliru dan risau. Bagaimanakah seseorang boleh hamil semasa masih haid? Adakah itu petanda masalah atau normal? Apakah yang perlu dilakukan bagi mengatasi mengandung tapi period ini? Dalam artikel ini, kami kongsikan masalah period tapi mengandung secara lebih mendalam, mengenal pasti punca, membezakan antara pendarahan implantasi dan haid biasa serta langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi keadaan ini. Period Tapi Mengandung Boleh Ke Mengandung Tapi Period? Haid berlaku dalam kitaran haid biasa, yang berlangsung kira-kira 21 hingga 35 ha ..read more
Visit website
Buah Mata Kucing Untuk Ibu Hamil: Khasiat Buah Longan, Berapa Banyak Boleh Makan & Tips
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
2w ago
Buah mata kucing untuk ibu hamil sering menjadi kesukaan kerana rasanya yang sedap. Walau bagaimanapun bagi ibu hamil yang ada masalah kesihatan seperti GDM, pastinya anda berasa risau memikirkan adakah selamat mengambil buah longan ini. Secara umumnya, pemakanan ketika hamil boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sesetengah buah mungkin mengandungi tinggi gula yang memberikan kesan kesihatan. Buah Mata Kucing Untuk Ibu Hamil Apa Itu Buah Longan? Buah mata kucing atau longan (Dimocarpus longan) merupakan buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara. Nama “longan” berasal da ..read more
Visit website
Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Bakal Ibu Perlu Tahu Agar Janin Berkembang Baik
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
3w ago
Kehamilan adalah salah satu fasa yang paling istimewa dalam kehidupan wanita. Dalam tempoh sembilan bulan, banyak perubahan ibu hamil berlaku untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kehamilan juga membawa perubahan emosi yang ketara dan memerlukan penjagaan yang betul bagi membolehkan anda melalui tempoh ini dengan lancar. Perubahan Ibu Hamil #1 – 3 bulan 1. Perubahan Fizikal Mual dan Muntah: Gejala loya dan muntah selalunya menjadi tanda awal kehamilan. Keadaan ini sering dirujuk sebagai “morning sickness,” walaupun ia boleh berlaku pada wakt ..read more
Visit website
Keputihan Coklat Saat Hamil: Punca Keputihan Ketika Hamil, Cara Mengatasi Dan Rawatan
The Asian Parent Malaysia » Pregnancy
by Siti Nur Zuraikha Yaacob
1M ago
Selalunya, keputihan coklat saat hamil tidak perlu dibimbangkan. Namun kadangkala ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan doktor. Keputihan coklat adalah keputihan yang diwarnai dengan darah lama. Dalam sesetengah kes, darah dalam rahim anda mengambil masa lebih lama untuk keluar. Kesannya, ia bertukar menjadi coklat dan kelihatan seperti darah. Adakah Keputihan Coklat Saat Hamil Normal? Apabila hamil, badan biasanya mengeluarkan lebih banyak keputihan akibat peningkatan hormon estrogen. Walau bagaimanapun, jika keputihan berwarna coklat, ia bmungkin kerana terdapa ..read more
Visit website

Follow The Asian Parent Malaysia » Pregnancy on FeedSpot

Continue with Google
Continue with Apple
OR