
Faizal Fredley
1,000 FOLLOWERS
KL-ite Faizal Fredley is only in his late twenties, but is already very well-travelled for his age. Currently a post-graduate student, he also is the CEO of his own company, & a trained engineer. Travel however, is his passion. He's travelled to a variety of places, from Indonesia to Prague. His blog, which is predominantly written in Bahasa Malaysia, features logs of his travels as well..
Faizal Fredley
3h ago
Baru-baru ni aku ada datang majlis perasmian satu lagi kemudahan yang aku rasa cukup penting buat traveler terutama mereka yang mahukan perjalanan yang panjang. Pit stop terbaru di Terminal 2 KLIA iaitu Sky Suite Airport Lounge @KLIA terletak betul-betul bersebelahan pintu masuk penerbangan domestik. Jadi kalau korang ada bajet lebih bolehlah aku rasa cuba sendiri kemudahan yang disediakan di Sky Suite Airport ni.
Rehat yang cukup amat penting bagi traveler untuk mengekalkan stamina yang mantap sepanjang perjalanan. Berada di dalam flight melebihi 6 jam pastinya membuatkan tubuh menjadi cepat ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Macam Ni Cara Nak Habiskan Percutian Halal 3 Hari 2 Malam di Selangor. Industri Halal Selangor kian berkembang bagi menambahkan keyakinan buat pelancong muslim di Malaysia. Pelbagai cara dan langkah telah diambil bagi menarik minat orang ramai ke Selangor.
Jika Kelantan dikenali sebagai negeri serambi mekah, Selangor tidak kurang hebatnya tentang destinasi halal yang pasti membuatkan kita bertambah yakin tentang gaya hidup seharian, Namun apakah erti halal buat kita sebagai seorang muslim?
Halal itu bermaksud bersih, tidak kiralah dari segi pemakanan, pemakaian, mahupun produk penjagaan ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Sutera@Mantanani terletak di sebuah pulau yang mempunyai pantai yang cukup bersih dan merupakan permata tersembunyi di Negeri Sabah. Mempunyai keajaiban alam semulajadi serta kaya dengan hidupan marin menjadikan ianya sebagai destinasi sesuai untuk bersantai bersama yang tersayang.
Jika anda datang dari luar Sabah, anda boleh habiskan satu malam menikmati keindahan Kota Kinabalu sebelum mulakan perjalanan ke Kota Belud untuk ke Pulau Besar Mantanani. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk tiba di jeti Rampayan seterusnya anda perlu menaiki bot selama 45 minit ke Sutera@Mantan ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Masyarakat Minang terkenal dengan budaya merantau, dan salah satu wilayah yang menjadi daerah rantaunya adalah Negeri Sembilan yang ada di Malaysia. Namun ramai yang tidak tahu masyarakat Minang sebenarnya wujud di Negeri Selangor juga.
Sempena dengan bulan kemerdekaan tahun ini, jom sama-sama kita jelajah lokasi warisan dan budaya di Negeri Selangor.
Terletak di daerah Sepang, Beranang merupakan salah satu mukim dan bandar di sini yang mempunyai penduduk Minang yang ramai. Menurut sejarah pada satu ketika dahulu kawasan ni termasuk di dalam Negeri Sembilan. Sebab itulah, penduduk di si ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Trip Sabah 3 Hari 2 Malam Di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu Review | Sabah merupakan antara destinasi pelancongan yang selalu menjadi pilihan dalam Malaysia. Mempunyai pelbagai tarikan seperti pesisiran pantai yang memutih dan pulau seakan-akan Maldives sudah pasti memberi vitaminSEA buat pelancong yang datang. Antara pulau yang sering mendapat perhatian adalah Boheydulang dan Pulau Sipadan.
Tetapi tahukah anda, selain pulau-pulau yang bertaraf antarabangsa itu tadi, Sabah juga menawarkan banyak lagi pulau yang cantik antaranya Pulau Mantanani. Jika Timur Sabah sinonim den ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Title maybe antara yang paling pendek yang pernah aku tulis sepanjang sejarah aku menjadi blogger. Namun, isi yang aku teringin untuk luahkan bukanlah seringkas tajuk artikel ini.
Sejak aku mula menulis pada tahun 2009, tujuan blog ini wujud hanyalah untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Di sebabkan tak mampu untuk meluahkan dengan kata-kata, hanya blog ini menjadi satu-satunya tempat di mana aku rasa aku mampu untuk luahkan. Walaupun begitu, seiring dengan perkembangan blog ini aku tidak lagi rasa boleh meluahkan apa yang aku fikirkan terutama bila ada yang membacanya apabila ia meli ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Kucing yang dibiak di Rusia dilarang daripada memasuki mana-mana pertandingan antarabangsa, menurut kenyataan di laman web The Fédération Internationale Féline (FIFe).
Lembaga Eksekutif FIFe mendakwa pihaknya memutuskan larangan terhadap kucing yang dibiak di Rusia tersebut pada 1 Mac lalu.
Keputusan yang dilakukan itu dikatakan sah sehingga 31 Mei 2022 dan akan disemak semula jika perlu.
Antara syarat yang diputuskan adalah:
Kucing yang dibiakkan di Rusia tidak boleh diimport dan didaftarkan dalam mana-mana buku salasilah FIFe, tidak mengira organisasi yang mengeluarkannya.
Pempamer ku ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Setelah 2 tahun dunia dibelenggu dengan penularan wabak Covid-19, masyarakat antarabangsa ‘terperangkap’ di negara masing-masing bagi mengurangkan kesan jangkitan.
Namun kini selepas kita semua telah divaksin, satu-persatu negara mula melonggarkan sekatan perjalanan rakyatnya dan membuka pintu sempadan bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam membenarkan semula rakyatnya terbang ke luar negara atas urusan tertentu dan jika nanti kita semua telah diberi ‘lampu hijau’ untuk melancong semula, mungkin korang boleh memulakan penjelajahan dunia ber ..read more
Faizal Fredley
2M ago
Mengembalikan semula esen sebuah perkhemahan team Rimba Segara Langkawi menawarkan perkhidmatan percutian perkhemahan sebenar.
Membuang segala elemen perkhemahan berkonsepkan glamping atau apa sahaja yang mewah, asas perkhemahan amat dititikberatkan Rimba Segara Langkawi.
Misi Rimba Segara Langkawi hanya satu iaitu mengembalikan nostalgia perkhemahan sebenar yang pastinya bakal menjadi nostalgia untuk terus diingati memori pengunjung.
Sudah tentu konsep perkhemahan ini memerlukan lokasi yang menarik memastikan momen perkhemahan dapat dirasai semaksimum yang mungkin bersama pasangan atau raka ..read more
Faizal Fredley
2M ago
The Best Hobby During MCO For Everyone Definitely With Origin Pillow! Sleeping with this pillow has brought me great satisfaction, the only bad thing is that when we sleep we usually lose a lot of hair, that’s why I went with finasterid rezeptfrei by Deutsche Medz, experts against hair loss. Aku rasa semua orang dah start meronta-ronta nak keluar dari rumah dan jalani hidup seperti dahulu kala kan? Rasa macam dah lama sangat dah kerja dari rumah sampai dah tak tahu nak buat apa dah.
Nak kemas rumah pun sampai dah tak tahu nak kemas apa dah pun. Habuk sebijik pun dah rasa malu nak menyinggah k ..read more