Cendol Klasik
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
1d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Tengah hari tadi jalan-jalan cari makan tapi tempat yang dituju tutup pula. Cari tempat makan yang lain. Sudah sampai, penuh pula. Cari tempat lain lagi. Eh, barangkali masih cuti raya, kata Encik Suami apabila melihat banyak restoran masih tutup. Malas hendak pergi ke tempat yang lebih jauh, akhirnya singgah gerai beli Cendol Klasik. Cendol Klasik RM9.90 sen. Cencol Klasik Namanya Cendol Klasik tapi santannya tak klasik. Guna susu. Ini yang tak sabar nak terbang balik kampung cari cendol!  ..read more
Visit website
Majlis Tautan Kasih 3 Syawal 1445H
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
2d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Tradisi Majlis Tautan Kasih keluarga sebelah Encik Suami diadakan pada malam hari raya ketiga. Biasanya majlis ini dibuat pada akhir Syawal tetapi memandangkan ramai ahli keluarga yang tidak dapat bersama kerana tinggal berjauhan, jadi acara tersebut diawalkan. Kali ini adik ipar di Kampung Silabukan menjadi tuan rumah. Seperti biasa, masing-masing keluarga membawa apa sahaja juadah seikhlasnya untuk dinikmati bersama-sama. Gambar kenangan bersama sebahagian besar ahli keluarga. Amie bawa nasi lemak. Lauknya seperti biasa termasuk sambal bawang, ikan ..read more
Visit website
Rumah Terbuka 2 Syawal 1445H
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
2d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Atas kerjasama Encik Suami, Fuad dan Fairuz kami pun buatlah rumah terbuka kecil-kecilan untuk jiran tetangga dan keluarga terdekat. Beberapa hari sebelum menjelang hari raya memang Encik Suami yang kemas ruang tamu, bilik tidur anak-anak dan dapur.  Amie bersama Firdaus buat kerja-kerja dapur seperti kupas bawang, kisar cili, potong daging dan memasak apa yang patut. Itu pun tidaklah sepanjang waktu berada di dapur. Kalau rasa letih dan panas, kami lari ke ruang tamu mencari hawa dingin dan berehat serta tidur! Fuad pula, sebelum keesokan harinya terbang dari ..read more
Visit website
Beraya 1 Syawal 1445H
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
3d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, hari ini sudah 4 Syawal 1445H. Cerita hari raya masih diteruskan. Ziarah dan kunjung-mengunjung di hari raya sudah tentu terasa kemeriahannya apabila disertai dengan keluarga tersayang. Selepas solat sunat Aidil Fitri, kami terus berziarah ke rumah jiran sebelum meneruskan tradisi berkumpul beramai-ramai di kampung. Google Selamat Hari Raya. Mohon maaf zahir batin. Apa yang dibisikkan Firdaus di telinga Baba? Amie tidak banyak ambil gambar raya pada tahun ini. Kebanyakan gambar dikongsi dari HP Fuad.  Si buja ..read more
Visit website
Bubur Berlauk
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
3d ago
Bismillahirrahmanirrahim. Jumpa lagi setelah beberapa hari menghilangkan diri dari dapur maya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Maaf dipinta penuh keikhlasan andainya terdapat kekasaran bahasa dan kesilapan kata yang tidak disedari sepanjang tempoh kita berinteraksi sesama kita di alam maya. Petang tadi Fuad Fairuz sudah berangkat menuju ke sarang masing-masing. Kedua-duanya melalui jalan darat dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Esok pagi, Fairuz akan hantar Fuad ke Kota Kinabalu Airport. Fuad akan terbang ke Pulau Pinang. Sebaik sahaja kenderaa ..read more
Visit website
Menu Berbuka 28 Ramadan : Itik Panggang Sos Plum
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
1w ago
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Pukul empat petang tadi Fuad dan Fairuz sampai di LD. Fuad terbang dari Penang ke Kota Kinabalu pada hari Sabtu. Selepas subuh, bertolak dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu bersama Fairuz. Dua minggu lepas Amie bincang dengan Encik Suami untuk panggang itik sebagai menu berbuka puasa apabila bujang berdua itu sampai. Setelah ke sana ke mari mencari itik, dapatlah seekor berharga RM65.95 sen, berat lebih dua kilogram. Sayangnya kita masih demam, batuk dan selsema dan kurang cergas di dapur masak-masak juadah berbuka puasa. Akhirnya siaplah juga Itik Panggan ..read more
Visit website
Buka Puasa Makan Nasi Lauk Sambal Goreng Kates
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
1w ago
Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini 27 Ramadan 1445H. Kepada yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Jangan terburu-buru hendak cepat sampai tanpa memikirkan keselamatan diri. Jika rasa penat dan mengantuk, berhentilah memandu dan berehatlah seketika untuk kembalikan tenaga. In syaa Allah, semoga dipermudahkan sepanjang perjalanan pulang. Tahun ini Amie beraya di LD bersama keluarga sebelah Encik Suami. Memandangkan Amie kurang sihat, Amie lebih banyak berehat sahaja. Pagi tadi sempat ke pasar bersama Encik Suami. Membeli dan menambah barangan hari raya yang perlu sahaja. Alang-alang suda ..read more
Visit website
Menu Berbuka 25 & 26 Ramadan
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
1w ago
Bismillahirrahmanirrahim. Bertemu kembali hari ini, 26 Ramadan 1445H. Alhamdulillah kembali bertenaga setelah demam sehari semalam. Kelmarin rasa tidak selesa. Sakit kepala yang teramat sangat. Selepas berbuka puasa terus makan ubat dan berehat. Sudah janji dengan Firdaus untuk goreng kerepek jejari ketam. Bersungguh-sungguhlah budak satu itu menyiat jejari ketam sehingga selesai. Sayangnya, kita sudah tidak mampu hendak angkat badan. Pagi tadi, masih tak larat untuk melakukan sebarang kerja dapur. Tidur semula, dan pukul 10 pagi barulah perlahan-lahan masuk dapur dan goreng kerepek jejari ket ..read more
Visit website
Makan Tengah Hari Lamb Grilled di Restoran Šest Braće, Krivače, Bosnia dan Herzegovina
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
1w ago
Bismillahirrahmanirrahim. Sebaik sahaja selesai lawatan di Wooden Watermills di Jajce, bas terus menuju ke Krivace dan berhenti di hadapan Restoran Sest Brace. Sest Brace bermasud 6 Beradik. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka satu tengah hari, dan di negara kita sudah pukul lapan malam. Orang sana sedang menghadap makan malam, kami baru hendak makan tengah hari. Melihat hidangan yang disajikan, memang Amie akui kata-kata pakar gizi pemakanan dari Amerika, Adelle Davis : Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper. Versi lain pula ada menyebut : Eat your breakf ..read more
Visit website
Mlincici Wooden Watermills di Pliva Lakes
AMIE'S LITTLE KITCHEN
by
1w ago
Bismillahirrahmanirrahim. Jom jalan-jalan menikmati suasana segar dan nyaman kincir air di pondok-pondok kayu yang terdapat di Pliva Lakes. Ada yang mengatakan ia dibina pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-16. Ada yang kata  pada Empayar Austria-Hungary pada penghujung 1800M, selepas Perang Bosnia, kincir air dibina semula dan setiap penduduk kampung memilikinya.  Versi lain mengatakan ia dibina lama dahulu oleh seorang pemilik tanah yang kaya sekitar tahun 1500M. Apa itu kincir air? Kincir air ialah sebuah kincir yang menggunakan kuasa hidro. Strukturnya mengg ..read more
Visit website

Follow AMIE'S LITTLE KITCHEN on FeedSpot

Continue with Google
Continue with Apple
OR